Ketua Polis Kelantan Yusoff Mamat berkata situasi keselamatan di Selatan Thailand sukar diramal dan amaran perjalanan dikeluarkan Wisma Putra sejak tahun lalu masihKetua Polis Kelantan Yusoff Mamat berkata situasi keselamatan di Selatan Thailand sukar diramal dan amaran perjalanan dikeluarkan Wisma Putra sejak tahun lalu masih

Ribuan rakyat Malaysia abai amaran keselamatan, terus ke Selatan Thailand

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
icqs rantau panjangKenderaan beratur panjang di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Rantau Panjang untuk memasuki Selatan Thailand. (Gambar Bernama)

KOTA BHARU: Keinginan merasai pengalaman bercuti di luar negara dikesan antara faktor utama mendorong ribuan rakyat Malaysia mengabaikan amaran keselamatan dan sanggup beratur panjang memasuki Selatan Thailand, terutama pada musim perayaan dan cuti sekolah.

Ketua Polis Kelantan, Yusoff Mamat, berkata tinjauan harian di tiga pintu masuk sah atau Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di negeri itu — Rantau Panjang di Pasir Mas, Pengkalan Kubor di Tumpat dan Bukit Bunga di Tanah Merah — menunjukkan aliran keluar masuk tinggi.

Pada hari biasa, katanya, kira-kira 3,000 individu direkodkan melintasi sempadan, manakala jumlah itu meningkat kepada lebih 4,000 pergerakan pada hujung minggu.

“Apabila tiba musim cuti sekolah, jumlah itu meningkat dengan ketara sehingga mencecah 6,000 dan 7,000 orang sehari.

“Secara keseluruhan, pergerakan keluar masuk melibatkan pemegang pas sempadan dan pasport boleh mencecah sehingga 10,000 orang sehari. Kita sentiasa mengingatkan orang ramai bahawa situasi keselamatan di Selatan Thailand sukar diramal.

“Bila dan di mana insiden letupan atau tembakan akan berlaku, tiada siapa yang tahu. Amaran perjalanan yang dikeluarkan Wisma Putra sejak tahun lalu masih berkuat kuasa sehingga kini, namun ramai rakyat kita dilihat tidak mengendahkannya dan sanggup beratur panjang,” katanya kepada Bernama.

Mengulas faktor mendorong orang ramai berkunjung ke wilayah itu, beliau berkata, berdasarkan pemerhatiannya, Kelantan masih memerlukan lebih banyak produk pelancongan dan lokasi rekreasi keluarga yang mampu menarik minat penduduk tempatan bercuti dalam negeri.

Jelasnya, faktor psikologi masyarakat taksub dengan istilah percutian luar negara sebagai satu nilai tambah turut memainkan peranan.

“Rakyat kita apabila mendapat cop pasport, mereka sudah menganggapnya sebagai percutian luar negara, sedangkan destinasi itu hanya dipisahkan oleh sebatang sungai.

“Selain itu, faktor kewangan turut menjadi tarikan kerana nilai mata wang negara jiran yang lebih kompetitif membolehkan mereka berasa seronok untuk berbelanja besar di sana.”

Menurutnya, sebahagian besar rakyat tempatan menyeberangi sempadan hanya untuk urusan ringkas seperti menikmati makanan asli Thailand, bersiar-siar di pasar malam serta membeli snek dan produk popular di rangkaian kedai serbaneka 7-Eleven Thailand sebelum pulang pada hari sama.

Yusoff mencadangkan kerajaan negeri dan pihak berkaitan mempertimbangkan transformasi pekan sempadan seperti Rantau Panjang berasaskan model pembangunan Padang Besar di Perlis sebagai langkah serampang dua mata bagi merancakkan ekonomi tempatan serta mengurangkan aliran keluar mata wang negara.

Beliau berkata, pembangunan kompleks perniagaan lebih teratur serta berkonsepkan kawasan rehat dan rawat (R&R) mampu menarik pelancong domestik tanpa perlu melintasi sempadan.

Katanya, kejayaan Padang Besar membuktikan konsep itu berkesan apabila pusat beli-belah yang dibangunkan berjaya menarik peniaga Thailand memasarkan pelbagai produk seperti pakaian, barangan keperluan dan makanan asli negara itu secara sah di Malaysia.

“Jika konsep sama dapat dilaksanakan di Kelantan, kita bukan sahaja mampu menarik lebih ramai pelancong, malah dapat mengurangkan kecenderungan rakyat kita menyeberangi sempadan semata-mata untuk membeli-belah atau mengunjungi pasar malam.

“Lagipun, budaya dan makanan masyarakat di kedua-dua kawasan tidak banyak berbeza.”

Dalam perkembangan sama, beliau menolak dakwaan sesetengah pihak menyalahkan tindakan penguatkuasaan dan kawalan ketat polis di sempadan sebagai punca Zon Bebas Cukai Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor lengang.

Tegasnya, kemerosotan ekonomi di kedua-dua pekan sempadan itu sebenarnya bermula lebih awal, sebelum pandemik Covid-19 melanda negara.

“Selepas pandemik Covid-19, corak perbelanjaan masyarakat berubah secara drastik apabila semakin ramai memilih membeli produk Thailand dalam talian.”

Menurutnya, trend pembelian dalam talian memberi kesan besar kepada perniagaan fizikal tradisional, justeru pekan sempadan tidak lagi boleh bergantung kepada kaedah perniagaan lama.

Sebaliknya, kawasan itu perlu diberi nafas baharu melalui konsep perniagaan lebih relevan dengan kehendak pengguna semasa, termasuk menjadikannya hab produk dan makanan popular dari Thailand.

“Rantau Panjang perlu dilihat sebagai destinasi memerlukan pembaharuan. Wujudkan premis perniagaan lebih menarik dan bawa masuk produk yang mendapat permintaan tinggi dari Thailand. Itulah antara penyelesaian terbaik untuk merancakkan semula ekonomi pekan sempadan.”

Market Opportunity
Star Atlas DAO Logo
Star Atlas DAO Price(POLIS)
$0,0108
$0,0108$0,0108
-2,96%
USD
Star Atlas DAO (POLIS) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel