Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan berkata mekanisme itu perlu dilaksanakan dengan kerjasama kerajaan negeri bagi memastikan subsidi sampai kepada golonganMenteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan berkata mekanisme itu perlu dilaksanakan dengan kerjasama kerajaan negeri bagi memastikan subsidi sampai kepada golongan

Putrajaya sedia kaji kuota diesel pedalaman Sabah

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
DieselAmir Hamzah Azizan berkata kerajaan memahami cabaran penduduk pedalaman yang menggunakan kenderaan diesel untuk urusan harian.

PETALING JAYA: Kerajaan bersedia meneliti mekanisme kuota subsidi diesel yang lebih sesuai untuk pedalaman Sabah, terutama bagi penduduk bergantung kepada kenderaan diesel sebagai pengangkutan utama.

Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan berkata kerajaan terbuka menambah baik pelaksanaan subsidi diesel bersasar, namun sebarang mekanisme baharu perlu dibuat dengan kerjasama erat kerajaan negeri.

Katanya, kerajaan memahami cabaran penduduk pedalaman yang menggunakan kenderaan diesel untuk urusan harian, termasuk pengangkutan penumpang dan membawa barangan.

“Perkara paling penting ialah kita memerlukan kerjasama daripada kerajaan negeri,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian selepas satu majlis di Papar, Sabah.

Amir Hamzah berkata, bagi kenderaan diesel digunakan untuk tujuan perniagaan seperti pengangkutan penumpang atau barangan, pengusaha boleh memohon kuota lebih tinggi menerusi Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Beliau berkata penggunaan kad fleet membolehkan kuota diesel dinilai mengikut keperluan operasi perniagaan masing-masing.

Katanya, bagi penggunaan persendirian, kuota asas ditetapkan 200 liter sebulan, dengan tambahan sehingga 100 liter melalui permohonan di bawah program Budi Diesel.

Bagaimanapun, beliau berkata kenderaan seperti kereta sewa atau kereta tambang di kawasan pedalaman boleh dikategorikan sebagai penggunaan perniagaan jika menjadi pengangkutan utama penduduk.

“Jika kenderaan itu digunakan sebagai pengangkutan utama penduduk seperti kereta sewa atau kereta tambang di kawasan pedalaman, ia boleh memohon SKDS,” katanya.

Amir Hamzah berkata kerajaan akan terus menilai cadangan dikemukakan bagi memastikan subsidi diesel bersasar memenuhi keperluan sebenar rakyat tanpa menjejaskan matlamat mengurangkan ketirisan subsidi.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.
Tags:

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs