Penduduk berkata perkhidmatan itu jadi keperluan mendesak bagi menampung penambahan penduduk yang semakin berkembang.Penduduk berkata perkhidmatan itu jadi keperluan mendesak bagi menampung penambahan penduduk yang semakin berkembang.

Penduduk Semerah mahu balai bomba, tambah perkhidmatan ambulans

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
AHMAD_KHAMISPenduduk Ahmad Khamis berkata projek pembinaan balai bomba pernah dirancang sebelum ini namun tidak menjadi kenyataan dipercayai akibat perubahan kerajaan serta isu perolehan tanah.

PARIT SULONG: Penduduk Semerah dan sempadan Sungai Balang, berharap sebuah balai bomba dapat dibina dan perkhidmatan ambulans ditambah bagi menampung keperluan masyarakat di kawasan itu yang semakin berkembang.

Menurut penduduk, balai bomba paling hampir di kawasan itu adalah di Muar dan Batu Pahat yang terletak kira-kira 30km, menyebabkan bantuan lambat sampai jika berlaku situasi kecemasan seperti kebakaran dan kemalangan jalan raya.

Ahmad Khamis, 56, berkata balai bomba dan perkhidmatan ambulans yang terhad kini menjadi keperluan mendesak bagi masyarakat di Samerah serta kawasan sekitar.

Katanya, difahamkan projek pembinaan balai bomba pernah dirancang sebelum ini namun tidak menjadi kenyataan dipercayai akibat perubahan kerajaan serta isu perolehan tanah.

“Jarak dari Balai Bomba Muar dan Balai Bomba Batu Pahat sekitar 30km, kalau kebakaran besar, rumah memang dah habis terbakar bila bomba sampai,” katanya memaklumkan terdapat insiden rumah hangus sepenuhnya sebelum bantuan tiba.

Md Saaie Aripan.

Md Saaie Aripan, 56, berkata ketiadaan balai bomba membuatkan penduduk hidup dalam keadaan berjaga-jaga.

Katanya, walaupun terdapat pasukan bomba sukarela yang terletak di Parit Yusof, kapasiti mereka masih terhad untuk menangani kebakaran besar.

Saaie turut berkongsi pengalaman apabila sebuah rumah jirannya terbakar akibat litar pintas, namun berjaya diselamatkan hasil tindakan awal menggunakan alat pemadam api dari sekolah berhampiran.

Beliau turut mencadangkan pihak berwajib menyediakan alat pemadam api di lokasi strategik seperti surau dan balai raya, selain mempertimbangkan diskaun atau pemberian percuma alat tersebut kepada setiap rumah.

Ahmad berkata, masalah kekurangan perkhidmatan ambulans di kawasan itu juga sering dibangkitkan penduduk kerana ketika ini hanya Klinik Kesihatan Bagan menyediakan perkhidmatan itu.

Katanya, keadaan menjadi lebih kritikal apabila ambulans sedia ada di klinik itu digunakan untuk kes lain atau menghantar pesakit ke Hospital Muar atau Hospital Batu Pahat, menyebabkan kekurangan kenderaan ketika berlaku kecemasan serentak.

“Kadang-kadang ambulans ambil masa dua jam. Bila berlaku kemalangan, kita hanya mampu tunggu,” katanya.

Siti Baizura.

Seorang lagi penduduk, Siti Baizura, 42, pula berkata kekurangan ambulans menyebabkan mangsa kemalangan terpaksa menunggu lama sebelum dibawa ke hospital di Muar atau Batu Pahat.

Katanya, keadaan itu membuktikan keperluan penambahan aset kecemasan di kawasan berkenaan bagi mengurangkan risiko kehilangan nyawa akibat kelewatan bantuan.

Beliau juga meminta isu tersebut diberi perhatian segera pihak berkuasa kerana ia melibatkan aspek keselamatan asas komuniti setempat yang semakin berkembang.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs