Bekas pemimpin Umno berkata DUN Johor memerlukan wakil rakyat seperti bekas menteri pendidika Maszlee Malik.Bekas pemimpin Umno berkata DUN Johor memerlukan wakil rakyat seperti bekas menteri pendidika Maszlee Malik.

Kini Puad sokong Maszlee, anggap layak jadi wakil rakyat

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Puad Zarkashi bersama Anwar Ibrahim pada dialog bersama anak muda di Felda Ulu Tiram malam tadi. (Gambar Facebook)

JOHOR BAHRU: Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi secara terbuka menyokong calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Puteri Wangsa, Maszlee Malik, pada PRN Johor, dengan menyifatkan bekas menteri pendidikan itu layak menjadi wakil rakyat.

“Kita perlukan orang seperti beliau dalam DUN. Kita perlukan Adun yang pandai berfikir,” katanya kepada pemberita selepas dialog bersama anak muda di Felda Ulu Tiram malam tadi.

Puad menjangka tindakannya menyokong seorang lagi calon PH akan mengundang kritikan, namun menegaskan beliau berhak berkempen untuk gabungan pimpinan Anwar Ibrahim.

“Saya tahu saya akan dikritik, tetapi mereka perlu faham saya sudah keluar Umno. Mereka tidak boleh marah saya. Ini hak saya untuk berada di sini,” katanya.

Semalam, Puad, yang pernah menjadi Adun Rengit dan turut menyatakan sokongan kepada calon PH daripada Amanah, Yazid Bakri, bagi kerusi Rengit pada PRN 11 Julai ini.

Bekas pemimpin Umno, Khairy Jamaluddin, kemudian membayangkan sokongan Puad kepada Yazid mungkin didorong rasa kecewa, merujuk dakwaan bahawa Puad meletak jawatan daripada Umno pada 25 Jun kerana anaknya tidak dipilih sebagai calon.

Ditanya sama ada beliau akan berkempen untuk calon PH lain, Puad berkata setakat ini tiada perancangan segera dan beliau akan memberi tumpuan kepada Rengit.

Beliau turut menolak spekulasi akan menyertai PKR atau mana-mana parti lain, dengan berkata beliau tidak mahu terikat dengan parti politik baharu.

“Saya ada misi khas yang perlu saya fokuskan,” katanya tanpa mengulas lanjut.

Bekas Ahli Parlimen Batu Pahat itu juga menyokong rancangan PH untuk menjadikan Johor sebagai ‘Shenzhen Asia Tenggara’, sambil berkata beliau yakin Anwar, yang juga perdana menteri, mampu menunaikan janji itu.

Dalam perkembangan berasingan, Puad berkata pihak berkuasa memulangkan telefon bimbitnya pada Jumaat.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan sama ada keterangannya sudah dirakam.

Polis sebelum ini membuka siasatan terhadap Puad, termasuk mengikut peruntukan berkaitan hasutan dan fitnah, susulan satu kenyataan yang dimuat naiknya di media sosial.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs