Ketua penerangan Umno berkata keputusan PRN Johor tidak boleh dijadikan ukuran terhadap kedudukan kerajaan di peringkat pusat.Ketua penerangan Umno berkata keputusan PRN Johor tidak boleh dijadikan ukuran terhadap kedudukan kerajaan di peringkat pusat.

PRN N Sembilan ujian kestabilan kerajaan perpaduan, bukan Johor

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
AZALINA_OTHMANKetua Penerangan Umno Azalina Othman Said berkata faktor jumlah kerusi dikuasai PH di Negeri Sembilan menjadikan negeri itu lebih signifikan untuk diperhatikan.

KUALA LUMPUR: Keputusan PRN Negeri Sembilan bulan depan dilihat lebih sesuai dijadikan ujian untuk menilai sama ada kestabilan kerajaan perpaduan di peringkat pusat boleh terjejas atau sebaliknya, kata Ketua Penerangan Umno, Azalina Othman Said.

Beliau yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) berkata, keputusan PRN Johor tidak boleh dijadikan penanda aras terhadap kekuatan gabungan kerajaan di Putrajaya kerana landskap politik negeri itu berbeza.

“Tak, Johor tak macam itu. Saya rasa kena tengok (keputusan PRN) Negeri Sembilan macam mana kerana kerusi mereka (Pakatan Harapan) banyak.

“Negeri Sembilan itu lain, Johor anda tak boleh sebagai ‘test case’. Kena tengok Negeri Sembilan sebagai ‘test case’,” katanya dalam sidang media khas di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia.

Beliau mengulas sama ada keputusan PRN Johor berpotensi menggugat kesepaduan kerajaan perpaduan termasuk sokongan di Dewan Rakyat.

Menurut Azalina, faktor jumlah kerusi dikuasai PH di Negeri Sembilan menjadikan negeri itu lebih signifikan untuk diperhatikan berbanding Johor.

“Sebab Negeri Sembilan banyak kerusi PH, kalau dia orang tak menang banyak itu nak bagi reaksi apa saya tak tahu. Johor tak boleh samakan kerana Johor lain,” katanya.

Dalam pada itu, Azalina berkata Barisan Nasional (BN) yakin mampu mendapatkan cukup kerusi DUN pada PRN Johor untuk membentuk kerajaan negeri.

Beliau berkata, berapa jumlah kerusi dimenangi sama ada bertambah atau sebaliknya bukan perkara utama kerana yang penting BN memperoleh mandat semula oleh rakyat untuk mentadbir Johor.

BN dan PH bertanding di semua 56 DUN pada PRN Johor yang akan diadakan pada 11 Julai. Pengundian awal pula berlangsung esok.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs