Kementerian Dalam Negeri berkata langkah itu penting bagi membantu kerajaan menilai implikasi keselamatan, kesihatan awam, ekonomi dan sosial secara menyeluruh.Kementerian Dalam Negeri berkata langkah itu penting bagi membantu kerajaan menilai implikasi keselamatan, kesihatan awam, ekonomi dan sosial secara menyeluruh.

KDN laksana pendaftaran status pelarian

2026/06/11 19:13
2분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
pelarian rohingyaMalaysia berdepan kehadiran pelarian dan pemegang kad UNHCR selama berpuluh tahun namun kerajaan sehingga kini tidak mempunyai data lengkap menyeluruh. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Imigresen sedang melaksanakan proses pendaftaran dan penentuan status pelarian (DPP) di Semenanjung bagi memperoleh data lebih tepat berhubung pelarian dan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di negara ini.

Katanya, proses itu dilaksanakan berpandukan Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 23 (Semakan 2023) dan melibatkan pemegang dokumen UNHCR serta individu yang mendakwa diri mereka sebagai pelarian.

Menurut kementerian, melalui DPP kerajaan akan memperoleh data biometrik dan maklumat identiti lebih terperinci bagi membolehkan status, keberadaan serta latar belakang individu yang terlibat dikenal pasti dengan lebih tepat.

“Data ini amat penting bagi membantu kerajaan menilai implikasi keselamatan, kesihatan awam, ekonomi dan sosial secara lebih menyeluruh.

“Ia juga membolehkan prosedur operasi standard (SOP), dasar migrasi serta langkah penguatkuasaan berkaitan pelarian dan pemegang kad UNHCR diperkemas berdasarkan maklumat yang sahih dan boleh disahkan,” katanya dalam kenyataan.

KDN berkata, Malaysia berdepan kehadiran pelarian dan pemegang kad UNHCR selama berpuluh tahun, namun kerajaan sehingga kini tidak mempunyai data lengkap menyeluruh.

Katanya, ini seperti mengenai jumlah sebenar, identiti dan latar belakang individu yang berada di negara ini atas kapasiti tersebut.

“Keadaan ini tidak boleh dibiarkan berterusan,” katanya.

KDN turut menegaskan, proses DPP bukan suatu bentuk pemberian kewarganegaraan, taraf pemastautin tetap atau hak untuk menetap secara kekal di Malaysia.

Sebaliknya, ia adalah instrumen penting bagi memastikan kerajaan mempunyai kawalan lebih baik terhadap isu migrasi dan keselamatan negara.

Sebelum ini, isu penempatan Rohingya kembali menjadi perhatian susulan pendedahan kewujudan bangunan haram dipercayai dihuni etnik itu di Hulu Langat.

Ia membawa kepada penahanan 42 warga asing dalam operasi di Flat Rancangan Sungai Tekali, Hulu Langat, 9 Jun lalu.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel