Penganalisis Asrul Sani berkata PAS sedang memberi isyarat ketegasan kepada penyokongnya sambil mengekalkan saluran politik terbuka.Penganalisis Asrul Sani berkata PAS sedang memberi isyarat ketegasan kepada penyokongnya sambil mengekalkan saluran politik terbuka.

PAS imbangi hubungan dengan Bersatu, kekal saluran politik terbuka, kata penganalisis

2026/06/14 07:30
3분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
logo bersatu pasPenganalisis berpendapat PAS sedang berusaha meyakinkan ekosistem politik Melayu lebih luas bahawa ia kekal sebagai pembina gabungan, walaupun menamatkan kerjasama politik dengan Bersatu.

PETALING JAYA: Penganalisis berpendapat PAS menggunakan strategi serampang dua mata dengan memastikan saluran komunikasi terbuka bersama Bersatu, ketika sebahagian pemimpinnya berusaha mengekalkan hubungan walaupun kerjasama politik mereka berakhir secara rasmi.

Asrul Hadi Abdullah SaniAsrul Sani.

Naib Presiden Bersekutu Asia Group, Asrul Sani, berkata Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man bertegas hubungan dengan Bersatu belum putus sepenuhnya tidak boleh ditafsirkan sebagai perbezaan pendapat dalam parti Islam itu.

Sebaliknya, beliau berkata, kenyataan itu mencerminkan kebimbangan terhadap aspek persepsi dan implikasi daripada keputusan PAS.

“Ini bukan soal membalikkan keputusan, tetapi lebih kepada menguruskan kesan politik. Bahasa yang digunakannya memberi jaminan kepada ekosistem politik Melayu lebih luas bahawa PAS kekal sebagai pembina gabungan.

“Pilihan raya akan datang bakal dibentuk oleh usaha membina gabungan, rundingan kerusi dan penjajaran selepas pilihan raya. Jadi, PAS mempunyai kepentingan untuk mengelakkan perpecahan sepenuhnya dengan Bersatu, walaupun kerjasama rasmi mereka telah berakhir,” katanya kepada FMT.

Menurutnya, sesetengah pemimpin PAS — seperti Ketua Penerangan Ahmad Fadhli Shaari yang mengisytiharkan kepercayaan antara PAS dan Bersatu terhakis — mewakili pendirian lebih keras dalam parti Islam itu.

“Tetapi, itu tidak bermakna Tuan Ibrahim terasing. Kedua-duanya ialah sisi berbeza daripada strategi sama: memberi isyarat ketegasan kepada penyokongnya sambil memastikan saluran politik terbuka.”

Isnin lalu, PAS menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu dan menyatakan hasratnya meneroka pakatan politik baharu sebagai persediaan menghadapi pilihan raya akan datang, dengan matlamat menyatukan ummah.

Dua hari kemudian, Tuan Ibrahim dilaporkan berkata, keputusan PAS bertujuan memberi ruang kepada kedua-dua parti menentukan hala tuju masing-masing tanpa terikat antara satu sama lain.

“Hubungan dan ukhuwah antara ahli serta pimpinan kedua-dua parti akan terus terjalin dan terpelihara. Saya berharap kita akan terus bersatu demi kebaikan ummah,” kata Tuan Ibrahim.

Langkah seterusnya ditentukan pragmatisme

Azeem Fazwan Ahmad FaroukAzeem Fazwan Ahmad Farouk.

Azeem Fazwan Ahmad Farouk dari Universiti Sains Malaysia berkata, pemimpin PAS seperti Tuan Ibrahim mungkin percaya gabungan besar parti Melayu-Islam akan membentuk pakatan jauh lebih kuat dalam menghadapi pilihan raya.

Menurutnya, ini mungkin sebabnya Tuan Ibrahim mahu mengekalkan hubungan dengan parti sehaluan, manakala Presiden PAS, Hadi Awang dilihat lebih cenderung kepada kumpulan bekas timbalan presiden Bersatu, Hamzah Zainudin berbanding Bersatu sendiri.

Tetapi, Azeem menjangkakan pertimbangan politik pragmatik akan mengatasi kecenderungan peribadi dan ikatan sentimental ketika PAS bersiap sedia menghadapi PRU.

“Matlamat utama PAS ialah mengekalkan kerusi Parlimen dan DUN sedia ada sambil memperluaskan pengaruhnya pada PRU akan datang. Mana-mana pakatan yang dapat memaksimumkan prospek itu secara semula jadi menjadi pilihan utama.

“Oleh itu, keputusan PAS dijangka lebih didorong penilaian pragmatik mengenai gabungan mana yang menawarkan laluan terbaik ke arah mencapai matlamat pilihan raya jangka panjangnya berbanding faktor personaliti.”

Asrul berkata, PAS yang menerajui Perikatan Nasional melalui Naib Presidennya, Ahmad Samsuri Mokhtar, juga perlu menguruskan ekosistem pembangkang lebih luas.

Walaupun PAS lebih kuat daripada Bersatu dari segi pilihan raya disebabkan jenteranya yang tersusun dan meluas, beliau berkata, menamatkan kerjasama politik dengan Bersatu berisiko memecahkan undi pembangkang Melayu, yang akan memanfaatkan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.

“PAS mahu beberapa laluan dibuka: bekerjasama dengan pemimpin Bersatu terpilih, libat urus dengan puak Hamzah, membina konsensus Melayu-Islam lebih luas atau meneroka persefahaman dengan Umno selepas pilihan raya.”

Presiden Umno, Zahid Hamidi dilaporkan berkata, Umno tidak berhasrat menghidupkan semula Muafakat Nasional dengan PAS, sambil menegaskan “kita telah tutup buku”.

시장 기회
카타나 이누 로고
카타나 이누 가격(KATA)
$0.0000266
$0.0000266$0.0000266
+2.26%
USD
카타나 이누 (KATA) 실시간 가격 차트

Predict & Trade to Win Rewards

Predict & Trade to Win RewardsPredict & Trade to Win Rewards

Guaranteed rewards with $500,000 prize pool

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

RealStocks Now Live

RealStocks Now LiveRealStocks Now Live

Trade real U.S. stock via regulated brokerage