Setiausaha agung DAP senarai pelbagai acara Kementerian Pengangkutan dihadiri Onn Hafiz Ghazi selepas menteri besar itu dakwa pentadbirannya tidak dijemput ke beberapaSetiausaha agung DAP senarai pelbagai acara Kementerian Pengangkutan dihadiri Onn Hafiz Ghazi selepas menteri besar itu dakwa pentadbirannya tidak dijemput ke beberapa

Loke kata Onn Hafiz ‘terlupa’ lepas dakwa pentadbiran tak dijemput ke majlis rasmi

2026/06/14 11:23
2분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook ‘menyegarkan semula’ ingatan Onn Hafiz Ghazi mengenai acara Kementerian Pengangkutan yang telah dihadiri menteri besar Johor dalam tempoh tiga tahun lalu.

PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook membidas Onn Hafiz Ghazi selepas menteri besar Johor itu mendakwa pentadbirannya tidak dijemput ke beberapa acara rasmi Kementerian Pengangkutan dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini.

Dalam sindiran sinis terhadap ketua Umno Johor berkenaan, Loke berkata beliau mahu ‘menyegarkan semula ingatan Onn Hafiz’ berkait pelbagai acara telah dihadiri menteri besar, sejak 2023.

Ia termasuk beberapa acara melibatkan projek RTS Link, pelancaran perkhidmatan tren elektrik ke Johor Bahru, serta perasmian stesen KTM Kluang yang baharu.

Loke, yang juga menteri pengangkutan, berkata terdapat acara Kementerian Pengangkutan yang lain di mana kerajaan negeri menghantar wakil sebagai ganti, malah ada satu acara di mana jemputan telah dihantar, namun tiada wakil hadir.

“Saya faham musim pilihan raya memang sibuk. Mungkin ada benda yang terlupa,” kata Loke dalam catatan di Facebook.

“Walaubagaimanapun, surat jemputan (pelancaran KTM Komuter Selatan) akan sampai dalam kadar segera, jumpa nanti Selasa di Kulai ya. Pihak kami juga akan jemput YAB bagi sedikit ucapan.”

Loke dan Onn Hafiz saling bertikam lidah selepas menteri besar itu menyatakan beliau lebih rela tidak memegang jawatan tersebut daripada ‘duduk dan bekerjasama dengan DAP’ dalam kerajaan negeri.

Loke menegur menteri besar itu dengan menunjukkan bahawa beliau sendiri duduk di sebelah Presiden Umno Zahid Hamidi dalam mesyuarat Kabinet, menandakan kerjasama erat antara DAP dan Umno di peringkat persekutuan.

Dua hari lalu, dalam satu ucapan ketika hadir acara parti, Loke menyampaikan jemputan kepada Onn Hafiz untuk bersamanya dalam perjalanan menaiki kereta api, menandakan pelancaran perkhidmatan KTM Komuter Selatan dari Kulai ke Johor Bahru.

Onn Hafiz berkata, beliau bersedia menghadiri pelancaran berkenaan dan akan ‘melapangkan jadual’ untuk hadir selepas dipelawa Loke.

Beliau dengan sinis berkata, sekurang-kurangnya kerajaan negeri akhirnya ‘dijemput’ ke program yang menurutnya telah dirancang sejak lebih seminggu lalu.

시장 기회
카타나 이누 로고
카타나 이누 가격(KATA)
$0.00002723
$0.00002723$0.00002723
+4.69%
USD
카타나 이누 (KATA) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel