Pengerusi Mara itu berkata kertas dasar berkaitan pindaan akta itu sudah diluluskan Jemaah Menteri.Pengerusi Mara itu berkata kertas dasar berkaitan pindaan akta itu sudah diluluskan Jemaah Menteri.

Akta Mara baharu dibentang di Parlimen tahun ini, kata Asyraf

2026/06/14 16:27
2분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
Pengerusi Mara, Asyraf Wajdi Dusuki berkata draf pindaan akta itu juga akan dibentangkan kepada semua pihak berkepentingan untuk dinilai dan diperhalusi. (Gambar Bernama)

JOHOR BAHRU: Pindaan Akta Mara 1966 yang baharu akan dibentangkan di Parlimen tahun ini selepas Jemaah Menteri meluluskan kertas dasar berkaitan pindaan berkenaan.

Pengerusi Mara, Asyraf Wajdi Dusuki berkata beliau diminta Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi supaya memastikan proses pindaan itu dapat diselesaikan mengikut jadual bagi membolehkan ia dibentangkan tahun ini.

“Peringkat ini ialah peringkat dasar dan drafnya kita akan berikan kepada semua pihak berkepentingan, khususnya kementerian lain untuk dinilai dan juga diperhalusi bagi mendapatkan maklum balas daripada mereka, sebelum kita bawa sekali lagi ke mesyuarat Jemaah Menteri bagi mendapat kelulusan untuk dibentangkan di Parlimen,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Zikir Peringatan Haul Asmaulhusna 2026 di Masjid Sultan Iskandar di Bandar Dato Onn.

Turut hadir Zahid serta Pengerusi BN Johor Onn Hafiz Ghazi.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan terkini berkenaan pindaan Akta Mara 1966.

Setakat ini, kelulusan yang diberikan Jemaah Menteri adalah pada peringkat dasar, manakala draf pindaan akan diedarkan kepada kementerian serta pihak berkepentingan untuk diperhalusi dan mendapatkan maklum balas sebelum dibawa semula ke mesyuarat Jemaah Menteri bagi kelulusan akhir.

Langkah itu penting bagi memastikan Akta Mara yang baharu lebih relevan dan mampu memperkukuh peranan agensi berkenaan dalam agenda pembangunan bumiputera.

Sebelum ini, Asyraf Wajdi dilaporkan berkata Kertas Dasar bagi penggubalan Akta Mara 2026 yang baharu sudah diluluskan oleh Jemaah Menteri.

Akta baharu itu bakal menggantikan Akta Mara 1966, dengan kira-kira 80% perubahan dalam draf cadangan tertumpu kepada aspek tatakelola dan tadbir urus berasaskan piawaian antarabangsa serta amalan tadbir urus korporat yang baik.

시장 기회
카타나 이누 로고
카타나 이누 가격(KATA)
$0.00002711
$0.00002711$0.00002711
+4.22%
USD
카타나 이누 (KATA) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel