Presiden Bersatu turut mengulangi partinya akan menggunakan logo PN pada PRN Johor dan Negeri Sembilan.Presiden Bersatu turut mengulangi partinya akan menggunakan logo PN pada PRN Johor dan Negeri Sembilan.

‘Bersatu kekal dalam PN sampai bila-bila’, kata Muhyiddin

2026/06/21 23:59
2분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
Muhyiddin yassinPresiden Muhyiddin Yassin berkata pendirian Bersatu adalah jelas untuk terus bersama PN.

PETALING JAYA: Muhyiddin Yassin sekali lagi menegaskan Bersatu akan kekal dalam Perikatan Nasional (PN) ‘sampai bila-bila’.

Beliau turut mengulangi Bersatu akan menggunakan logo PN pada PRN Johor dan Negeri Sembilan akan datang.

“Ada yang persoalkan kita ini masih dalam PN atau tidak. Saya nak tegaskan, sampai bila-bila pun kita akan kekal dalam PN.

“Kita akan pakai logo PN untuk PRN Johor dan Negeri Sembilan,” kata presiden Bersatu ketika berucap dalam pelancaran jentera PRN Johor.

Muhyiddin berkata, cadangan supaya Bersatu menggunakan logonya sendiri juga menimbulkan persoalan mengenai lambang yang akan digunakan parti lain dalam PN.

“Kalau terpaksa guna logo Bersatu, calon-calon lain nak pakai logo apa? Sampai sekarang pun tidak ada perbincangan mengenainya,” katanya.

Katanya, pendirian Bersatu adalah jelas untuk terus bersama PN walaupun timbul pelbagai spekulasi mengenai kedudukan parti itu dalam gabungan.

Pada 16 Jun lalu, Bersatu meneguhkan pendirian untuk kekal dalam PN di sebalik kemelutnya dengan PAS.

Muhyiddin berkata, Bersatu bertegas dalam hal itu kerana ia yang memulakan PN, dan akan bertanding pada pilihan raya atas lambang gabungan itu.

Sebelum ini, Presiden PAS Hadi Awang dan Pengerusi PN Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, terpulang kepada Bersatu sama ada mahu kekal atau keluar gabungan, selepas parti berkenaan memutuskan hubungan politik dengan Bersatu.

시장 기회
카타나 이누 로고
카타나 이누 가격(KATA)
$0.00002883
$0.00002883$0.00002883
-0.79%
USD
카타나 이누 (KATA) 실시간 가격 차트

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order