Ketua Pemuda PKR Johor Faezuddin Puad berkata kebanyakan isu dibangkitkan Tunku Mahkota Ismail sudah berlarutan sebelum kerajaan Madani ambil alih Putrajaya.Ketua Pemuda PKR Johor Faezuddin Puad berkata kebanyakan isu dibangkitkan Tunku Mahkota Ismail sudah berlarutan sebelum kerajaan Madani ambil alih Putrajaya.

Projek utama Johor dipercepat bawah pentadbiran Anwar, kata Pemuda PKR

2026/06/21 23:32
2분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
Faezuddin PuadKetua Pemuda PKR Johor Faezuddin Puad menjunjung kasih pandangan dan keprihatinan Tunku Mahkota Ismail berhubung pembangunan negeri dan kebajikan rakyatnya. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Beberapa projek utama di Johor kini sedang dilaksanakan atau dipercepatkan bawah pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim, kata Ketua Pemuda PKR negeri Faezuddin Puad.

Beliau berkata, antaranya projek Hospital Pasir Gudang yang sebelum ini tertangguh, Rapid Transit System Link (RTS Link) Johor Bahru-Singapura, Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), serta beberapa projek tebatan banjir di negeri itu.

Pada masa sama, beliau menjunjung kasih atas pandangan dan keprihatinan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, berhubung pembangunan negeri dan kebajikan rakyatnya.

“Apa yang dibangkitkan oleh DYAM Tunku Mahkota Ismail lahir daripada rasa tanggungjawab baginda yang sentiasa meletakkan kepentingan Bangsa Johor sebagai keutamaan.

“Pandangan tersebut wajar diberikan perhatian serius oleh semua pihak,” katanya kepada FMT.

Faezuddin mendakwa, kebanyakan isu dibangkitkan Tunku Ismail sudah berlarutan sejak bertahun sebelum kerajaan Madani mengambil alih pentadbiran Putrajaya.

Katanya, banyak projek yang disentuh oleh baginda kini sedang dilaksanakan atau dipercepatkan bawah kepimpinan Anwar.

“Projek Hospital Pasir Gudang yang sekian lama tertangguh akhirnya diteruskan. RTS Link Johor Bahru-Singapura yang bakal menjadi pemangkin ekonomi baharu Johor juga sedang berjalan mengikut jadual,” katanya.

Menurutnya, kerajaan persekutuan turut melaksanakan JS-SEZ yang dijangka menarik pelaburan bernilai berbilion ringgit serta mewujudkan ribuan peluang pekerjaan.

Dalam pada itu, beliau mempersoalkan peranan kerajaan negeri dan menteri besar Johor dalam memperjuangkan isu dibangkitkan sehingga terpaksa disentuh sendiri oleh Tunku Ismail.

“Persoalannya, jika benar Johor berdepan pelbagai masalah yang memerlukan perhatian sehingga terpaksa dibangkitkan sendiri oleh DYAM Tunku Mahkota Ismail, di manakah peranan dan suara menteri besar Johor?

“Inilah persoalan yang sedang ditanya oleh rakyat Johor hari ini,” katanya.

Semalam, Tunku Ismail bertitah agar kerajaan persekutuan mengembalikan sebahagian hasil dikutip daripada negeri itu secara lebih munasabah bagi membolehkan pembangunan Johor dan kebajikan rakyatnya dilaksanakan lebih berkesan.

Baginda bertitah, Johor menyumbang lebih RM40 bilion setahun kepada kerajaan persekutuan tetapi hanya menerima sekitar RM2 bilion hingga RM3 bilion bagi memenuhi keperluan hampir lima juta penduduknya.

Tunku Ismail bertitah demikian pada sesi bersama rakyat, sebagai mengulas kenyataan Anwar yang sebelum ini dilapor menyifatkan Johor sebagai negeri kaya tetapi berdepan masalah ‘kebocoran’.

“Ya, memang banyak ‘bocor’. Kerajaan persekutuan yang ‘bocorkan’ Johor,” titah baginda.

시장 기회
카타나 이누 로고
카타나 이누 가격(KATA)
$0.00002883
$0.00002883$0.00002883
-0.79%
USD
카타나 이누 (KATA) 실시간 가격 차트

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order