Suruhanjaya itu berkata berdasarkan maklumat awal, ada kemungkinan berlaku ketidakpatuhan prosedur keselamatan kerja di ruang terkurung.Suruhanjaya itu berkata berdasarkan maklumat awal, ada kemungkinan berlaku ketidakpatuhan prosedur keselamatan kerja di ruang terkurung.

SPAN siasat kes kematian pekerja di kolam menara Saujana 1

2026/06/23 08:32
3분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
spanSuruhanjaya Perkhidmatan Air Negara berkata hasil siasatan rasmi dan laporan akhir kes kematian pekerja di penyelenggaraan di Kolam Menara Saujana 1, Kuala Selangor pada 16 Jun akan dikeluarkan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden kemalangan maut melibatkan pekerja penyelenggaraan di Kolam Menara Saujana 1, Kuala Selangor pada 16 Jun lepas.

SPAN dalam kenyataan berkata, pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya kepada mana-mana pihak sama ada operator iaitu Air Selangor atau kontraktor pemegang permit SPAN yang terlibat sekiranya terdapat sebarang ketidakpatuhan prosedur.

Tindakan juga akan diambil sekiranya terdapat pelanggaran kepada Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 dan juga undang- undang subsidari di bawahnya yang berkaitan.

“Berdasarkan semakan SPAN, kontraktor yang melaksanakan kerja-kerja pencucian atau penyelenggaraan tersebut mempunyai permit berdaftar dengan SPAN.

“Berdasarkan maklumat awal, terdapat kemungkinan berlaku ketidakpatuhan terhadap prosedur keselamatan kerja di ruang terkurung, termasuk kemasukan pekerja tanpa kebenaran dan sebelum pengesahan keselamatan diberikan.

“Bagaimanapun, sebarang penemuan berkaitan punca sebenar kejadian adalah tertakluk kepada hasil siasatan rasmi dan laporan akhir yang akan dikeluarkan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP),” menurut kenyataan itu.

SPAN memaklumkan pihaknya memandang serius insiden berkenaan, khususnya kerana ia melibatkan kehilangan nyawa.

Suruhanjaya itu menerima makluman berhubung insiden tersebut pada 17 Jun dan telah mengadakan lawatan tapak ke lokasi kejadian pada 18 Jun.

Berdasarkan maklumat diperoleh semasa lawatan, kerja-kerja pencucian kolam perkhidmatan secara berjadual telah dilaksanakan pada 16 Jun oleh vendor dilantik iaitu Myda Risk & Safety Sdn Bhd.

“Semasa kejadian, paras air di dalam kolam dilaporkan berada pada paras pinggang. Dua orang pekerja mengalami kesulitan berhampiran kawasan ‘scour point’ berdiameter 200 mm.

“Seorang daripada mereka berjaya diselamatkan, manakala seorang lagi dilaporkan tersangkut di kawasan tersebut,” menurut kenyataan itu.

SPAN memaklumkan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) telah diberikan, namun mangsa disahkan meninggal dunia sebelum dibawa ke Hospital UiTM untuk tujuan bedah siasat.

“Punca kematian awal dilaporkan sebagai mati lemas. JKKP telah menjalankan lawatan ke lokasi pada 17 Jun dan seterusnya mengeluarkan Notis Larangan.

“Pada 18 Jun, SPAN bersama-sama pihak Air Selangor dan JKKP telah mengadakan lawatan susulan bagi mengenal pasti punca kejadian,” menurut kenyataan itu.

Menurut SPAN, wakil JKKP memaklumkan bahawa siasatan terperinci akan dijalankan bagi memastikan semua pihak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sebelum melaksanakan kerja-kerja berisiko tinggi.

“JKKP juga memaklumkan bahawa laporan penuh akan dikeluarkan setelah siasatan rasmi selesai dijalankan.

“Selain itu, langkah-langkah penambahbaikan akan terus diberi perhatian bagi memastikan pematuhan kepada prosedur keselamatan, kawalan kerja di ruang terkurung, pengawasan kontraktor serta pengurusan risiko di tapak kerja dilaksanakan dengan lebih ketat dan berkesan,” menurut SPAN.

Sebelum ini, media melaporkan kematian pelajar latihan industri dari Universiti Putra Malaysia (UPM) ketika menjalankan kerja penyelenggaraan di Kolam Menara Saujana Perdana disahkan akibat lemas.

시장 기회
카다노 로고
카다노 가격(ADA)
$0.1506
$0.1506$0.1506
-0.26%
USD
카다노 (ADA) 실시간 가격 차트

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order