Presiden Pejuang itu berkata parti itu percaya kepentingan agama, bangsa dan negara hendaklah mengatasi kepimpinan parti serta individu.Presiden Pejuang itu berkata parti itu percaya kepentingan agama, bangsa dan negara hendaklah mengatasi kepimpinan parti serta individu.

Penyertaan Pejuang dalam PN demi penyatuan ummah, kata Mukhriz

2026/06/23 12:05
2분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir berkata parti itu akan terus berpegang teguh kepada prinsip integriti, keadilan dan tadbir urus yang baik serta komitmen untuk memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

PETALING JAYA: Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir berkata penyertaan parti itu dalam Perikatan Nasional (PN) adalah satu penyatuan kekuatan yang lebih besar demi menyelamatkan negara daripada perpecahan, ketidakstabilan dan kegagalan pemimpin.

Beliau berkata ketika negara berdepan pelbagai cabaran ekonomi, sosial dan keselamatan, keutamaan mesti diberikan kepada usaha penyatuan ummah serta membina kekuatan politik yang menawarkan kepimpinan yang lebih berwibawa.

Katanya, penyertaan itu juga selaras dengan pendirian Pejuang bahawa kepentingan agama, bangsa dan negara hendaklah mengatasi kepimpinan parti dan individu.

“Perbezaan pandangan tidak seharusnya menjadi penghalang kepada pembentukan sebuah saf perjuangan yang lebih besar demi masa depan negara.

“Semoga langkah ini menjadi titik permulaan kepada usaha lebih besar dalam menyatukan kekuatan umat dan membina Malaysia yang lebih stabil, selamat dan makmur,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, Pejuang akan terus berpegang teguh kepada prinsip integriti, keadilan dan tadbir urus yang baik serta komitmen untuk memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Pengerusi PN, Ahmad Samsuri Mokhtar malam tadi mengumumkan Parti Wawasan Negara (Wawasan) dan Pejuang diterima masuk sebagai parti komponen.

Beliau berkata keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat tergempar majlis tertinggi PN malam tadi, dihadiri pemimpin PAS, Bersatu, Gerakan dan Parti Rakyat India Malaysia.

Parti Cinta Malaysia, yang permohonan untuk menyertai PN diterima, dijenamakan semula sebagai Wawasan selepas diambil alih oleh bekas timbalan presiden Bersatu, Hamzah Zainudin serta penyokong beliau.

Pejuang ditubuhkan oleh bekas pengasas Bersatu, Dr Mahathir Mohamad, selepas keahlian beliau dan penyokong dipecat Bersatu. Ia kini dipimpin oleh anaknya, Mukhriz.

시장 기회
Particle Network 로고
Particle Network 가격(PARTI)
$0.05553
$0.05553$0.05553
-1.45%
USD
Particle Network (PARTI) 실시간 가격 차트

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order