Calon PH Arthur Chiong Sen Sern berkata fokus utama adalah menawarkan dasar dan manifesto yang mampu membela kebajikan rakyat.Calon PH Arthur Chiong Sen Sern berkata fokus utama adalah menawarkan dasar dan manifesto yang mampu membela kebajikan rakyat.

Majoriti 137 tak patah semangat PH pertahan Bukit Batu

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
Arthur Chiong Sen SernCalon PH Arthur Chiong Sen Sern berkata pendekatan kempen dibawa gabungan itu bersifat inklusif dengan menyantuni semua lapisan masyarakat.

KULAI: Majoriti tipis dimenangi sebelum ini tidak melemahkan semangat calon Pakatan Harapan (PH) mempertahankan DUN Bukit Batu pada PRN Johor ke-16.

Arthur Chiong Sen Sern berkata, pertandingan kali ini perlu dilihat berdasarkan tawaran kepada rakyat termasuk polisi, manifesto dan keupayaan menjaga kebajikan penduduk di DUN itu.

“Bagaimanapun, di platform PRN ini, kita tidak melihat kepada kaum dan agama semata-mata, tetapi apa yang ditawarkan kepada rakyat.

“Dari sudut ekonomi, bagaimana kita mahu membela dan menjaga hak rakyat di Bukit Batu,” katanya ketika ditemui FMT.

Pada PRN Johor lalu, Arthur, 36, menang dengan majoriti 137 selepas mendapat keseluruhan 9,439 undi dalam pertandingan empat penjuru di DUN Bukit Batu.

Beliau menewaskan calon BN, S Suppayah dengan 9,302 undi, Tan Heng Choon (Perikatan Nasional) 3,989 undi dan Lee Ming Wen (Warisan) 1,349 undi.

PRN kali ini menyaksikan pertandingan lima penjuru di kerusi itu dengan Arthur akan berdepan calon Barisan Nasional (BN) R K Kumaran, M Premanand (Muda), G Tamili (Bersama), dan calon bebas Kamaruzaman Ali.

Sementara itu, Arthur berkata walaupun Bersama kali pertama bertanding di Bukit Batu dalam PRN kali ini, setiap parti mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri.

Katanya, perkara paling penting adalah memastikan jentera pilihan raya terus bergerak aktif mendekati rakyat sepanjang tempoh berkempen.

Menurutnya, pendekatan kempen dibawa PH adalah bersifat inklusif dengan menyantuni semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang.

Anak jati Kulai itu berkata, hubungan rapat dengan masyarakat setempat menjadi antara kekuatan utamanya sepanjang berkhidmat di kawasan itu.

“Saya anak tempatan Kulai, mak saya orang Kelapa Sawit. Jadi, saya memang dekat dengan masyarakat di sini,” katanya.

“Walau siapa pun lawan kita, saya harap semua dapat berkempen secara sihat dan positif.” katanya.

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

Newbies:Deposit $100, Get $1,000

Newbies:Deposit $100, Get $1,000Newbies:Deposit $100, Get $1,000

Plus Up to a $50 Referral Bonus