Nilailah inisiatif ini bukan hanya berdasarkan ketidakselesaan sementara, tetapi sama ada ia mampu membina sistem subsidi lebih lestari dan bertanggungjawab untukNilailah inisiatif ini bukan hanya berdasarkan ketidakselesaan sementara, tetapi sama ada ia mampu membina sistem subsidi lebih lestari dan bertanggungjawab untuk

BUDI Diesel pil pahit sekarang, tetapi perlu untuk masa depan lebih lestari

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다

Pelaksanaan program BUDI Madani Diesel disasarkan di Sabah dan Sarawak sememangnya menimbulkan kebimbangan. Di dua negeri itu, diesel bukanlah kemewahan. Ia sebahagian daripada kelangsungan hidup harian isi rumah, petani, nelayan, perniagaan kecil, pengusaha pengangkutan dan masyarakat luar bandar.

Dengan jarak yang jauh, keadaan jalan raya dan banyak aktiviti bergantung kepada diesel, sebarang perubahan kepada dasar subsidi akan menimbulkan kebimbangan terhadap kos, kelayakan dan sama ada Putrajaya benar‑benar memahami keadaan di lapangan.

Walaupun kebimbangan ini sah, kita juga perlu melihat gambaran nasional lebih besar. Sistem subsidi diesel menyeluruh yang digunakan sebelum ini semakin tidak mampan.

Bil subsidi diesel Malaysia meningkat daripada kira‑kira RM1.4 bilion pada 2019 kepada RM14.3 bilion pada 2023, manakala penggunaan diesel bersubsidi melonjak daripada 6.1 bilion liter kepada 10.8 bilion liter. Pada masa sama, jualan diesel komersial tanpa subsidi merosot daripada 4.8 bilion liter kepada 2.8 bilion liter.

Corak itu menunjukkan sebahagian permintaan yang sepatutnya dipenuhi melalui saluran diesel komersial tanpa subsidi telah beralih kepada subsidi lebih murah.

Subsidi yang bertujuan membantu rakyat Malaysia tidak boleh dibiarkan bocor kepada penyeludup atau pengguna komersial bukan sasaran asal. Membiarkan subsidi bocor melalui penyeludupan dan penyalahgunaan tidak mampan serta tidak adil kepada rakyat Malaysia yang layak menikmati manfaat itu.

Statistik terkini untuk Sabah dan Sarawak menjelaskan mengapa pembaharuan perlu disegerakan — walaupun ia perlu dibaca dengan berhati‑hati.

Bil subsidi diesel untuk dua negeri itu mencecah RM1.4 bilion hanya dalam empat bulan pertama 2026, berbanding kira‑kira RM2 bilion untuk keseluruhan 2025. Tetapi, sebahagian besar lonjakan itu mencerminkan kenaikan mendadak harga minyak global susulan konflik di Asia Barat.

Perbelanjaan subsidi bulanan sekitar RM103 juta pada Januari dan RM106 juta pada Februari, sebelum melonjak kepada RM563 juta pada Mac dan RM647 juta pada April apabila harga meningkat. Dengan kata lain, kenaikan kos itu sebahagian besarnya disebabkan kenaikan harga dan sebahagian besarnya akan berlaku walaupun dengan penyasaran sempurna.

Isunya kos, bukan jumlah

Bukti kebocoran lebih kukuh bukan terletak pada kos, tetapi jumlah. Pada Mac dan April 2026, jualan diesel di stesen minyak Sabah dan Sarawak dilaporkan mencecah sekitar 200 juta liter sebulan, kira-kira dua kali ganda tahap dijangkakan daripada jumlah kenderaan diesel berdaftar.

Jualan yang dilaporkan tahun lalu hampir mencecah 2 bilion liter berbanding anggaran permintaan sebenar sekitar 1 bilion liter.

Jurang sebesar itu tidak dapat dijelaskan oleh penggunaan biasa. Ia jelas disebabkan penyeludupan dan penggunaan oleh pihak yang bukan penerima disasarkan.

Jika kerajaan terus menanggung berbilion subsidi tanpa penyasaran lebih baik, beban itu akhirnya akan kembali kepada rakyat Malaysia melalui kewangan awam lebih lemah, pengurangan perbelanjaan pembangunan dan kapasiti untuk membantu mereka benar-benar memerlukan.

Jangkaan penjimatan sehingga RM2 bilion setahun tidak patut digembar-gemburkan kerana ia hanya sebahagian kecil daripada bil subsidi bahan api negara. Tetapi, ia masih signifikan. Jika diuruskan dengan betul, ia dapat mengurangkan tekanan ke atas kewangan awam dan menyokong bantuan lebih disasarkan, infrastruktur dan perkhidmatan penting.

Manfaatnya bersifat nasional, bukan sekadar peruntukan kepada mana-mana wilayah. Pun begitu, Sabah dan Sarawak – yang masih memerlukan jalan raya lebih kukuh, logistik dan kesalinghubungan luar bandar lebih baik – akan mendapat manfaat daripada kedudukan fiskal lebih kukuh yang mampu mengekalkan pembangunan inklusif dari masa ke masa.

Dalam erti kata lain, persoalannya bukan sama ada Sabah dan Sarawak layak menerima sokongan diesel. Mereka layak.

Persoalan sebenar ialah sama ada sokongan itu perlu terus diberikan melalui sistem luas dan bocor, atau melalui mekanisme lebih disasarkan yang melindungi pengguna sebenar serta dapat mengurangkan penyalahgunaan.

Subsidi menyeluruh bukan penyelesaian jangka panjang

Subsidi menyeluruh mungkin nampak lebih mudah dalam jangka pendek, tetapi ia mahal dan tidak adil, jika turut memanfaatkan pihak tidak layak. Subsidi disasarkan mungkin sukar diterima pada mulanya, tetapi ia lebih adil dan bertanggungjawab jika dilaksanakan dengan betul.

Kebimbangan utama di Sabah dan Sarawak tertumpu pada satu perubahan khusus. Di bawah sistem baharu itu, pembelian bersubsidi dihadkan kepada 200 liter sebulan, dikongsi antara diesel dan RON95, berbanding harga RM2.15 tanpa had.

Bagi kebanyakan pengguna, peruntukan ini mencukupi. Tetapi, mereka yang perlu bergerak jauh di kawasan pedalaman, had itu membimbangkan dan wajar diberikan jawapan jujur, bukan sekadar jaminan abstrak.

Langkah mitigasi

Langkah mitigasi penting dan ia mesti disampaikan dengan jelas.

Langkah perlindungan adalah penting. Pemilik pikap dan pacuan empat roda boleh memohon tambahan 100 liter sebulan. Pengusaha pengangkutan awam dan barangan boleh mendapatkan diesel bersubsidi melalui SKDS, nelayan kekal pada kadar RM1.65, pengendali bot sungai akan menerima kuota melalui Lembaga Sungai Sarawak, manakala komuniti rumah panjang yang menggunakan penjana diesel akan diselaras melalui Pejabat Residen.

Langkah ini perlu berfungsi dengan lancar kerana pengguna luar bandar yang tercicir akan menanggung kesan serta-merta.

Kejayaan BUDI Diesel bergantung kepada pelaksanaan

Petani, nelayan, isi rumah luar bandar, perniagaan kecil, pengangkut dan pemilik kenderaan diesel yang layak perlu dapat mengakses subsidi itu dengan mudah, tanpa birokrasi.

Kesilapan dalam kelayakan perlu dibetulkan dengan cepat, masalah akses luar bandar mesti diselesaikan segera dan kerajaan harus menyampaikan dengan jelas dasar ini bertujuan melindungi subsidi, bukan menghukum Sabah dan Sarawak.

Subsidi disasarkan tidak patut menjadi punca kekecewaan.

Dalam jangka pendek, BUDI Diesel mungkin terasa seperti pil pahit. Tetapi sesebuah negara tidak boleh terus membelanjakan berbilion-bilion untuk sistem subsidi bocor.

Bagi Sabah dan Sarawak, tindakan lebih baik bukannya menolak pembaharuan secara langsung, tetapi menuntut pelaksanaan yang adil, praktikal dan bertimbang rasa. Lindungi pengguna sebenar. Tutup kebocoran. Hentikan penyalahgunaan subsidi.

Nilailah BUDI Diesel bukan hanya berdasarkan ketidakselesaan sementara, tetapi sama ada ia mampu membina sistem subsidi lebih lestari dan dan bertanggungjawab untuk masa depan.

Tan Peck Leong ialah profesor di Arshad Ayub Graduate Business School, Universiti Teknologi Mara.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

시장 기회
카다노 로고
카다노 가격(ADA)
$0.1445
$0.1445$0.1445
-0.06%
USD
카다노 (ADA) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.