Kamil Munim mempersoalkan sama ada pentadbiran Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi mengutamakan kepentingan politik berbanding kerjasama dengan Putrajaya.Kamil Munim mempersoalkan sama ada pentadbiran Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi mengutamakan kepentingan politik berbanding kerjasama dengan Putrajaya.

Ketua Pemuda PKR dakwa Anwar dinafi guna kemudahan kerajaan Johor

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
kamil munimKetua Pemuda PKR Kamil Munim berkata perdana menteri sepatutnya menemui penduduk Sungai Balang di sebuah pusat komuniti, tetapi pejabat daerah pada saat akhir memaklumkan tempat itu tidak boleh digunakan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Ketua Pemuda PKR, Kamil Munim mendakwa Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dinafikan penggunaan kemudahan kerajaan Johor di Muar pada saat-saat akhir dan mempersoalkan sama ada tindakan itu bermotifkan politik.

Kamil yang juga setiausaha politik Anwar berkata, presiden PKR itu sepatutnya menemui nelayan, petani, usahawan dan pendidik di sebuah pusat komuniti di Sungai Balang dua minggu lalu.

Tetapi, beliau berkata, pejabat daerah memaklumkan penganjur bahawa tempat itu tidak boleh digunakan, menyebabkan acara terbabit terpaksa dipindahkan ke jeti berdekatan dengan bantuan pihak berkuasa perikanan.

“Adakah kita tidak membenarkan perdana menteri menggunakan kemudahan kerajaan (negeri)? Beliau hanya datang untuk berinteraksi dengan nelayan, petani, peniaga kecil, pendidik dan belia.

“Mengapa kemudahan kerajaan (negeri) tidak boleh digunakan? Apakah isu sebenar?” katanya menurut Nanyang Siang Pau dalam ceramah di Segamat malam tadi.

Kamil mempersoalkan sama ada pentadbiran Onn Hafiz Ghazi mengutamakan kepentingan politik berbanding kerjasama dengan kerajaan persekutuan.

Beliau berkata, Johor antara keutamaan pembangunan Putrajaya sejak Anwar berkuasa pada November 2022, dengan RM39.1 bilion dana pembangunan disalurkan ke Johor sejak itu.

Menurutnya, jumlah itu ketiga tertinggi yang diterima kerajaan negeri selepas Sabah dan Sarawak.

“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Johor mendapat manfaat daripada pelbagai projek persekutuan, termasuk hospital, klinik kerajaan, institusi pendidikan, perkhidmatan kereta api ETS, Sistem Transit Rapid Johor Bahru-Singapura, lebuh raya dan projek infrastruktur lain.”

Beliau berkata, Johor mempunyai jumlah penerima kedua tertinggi program bantuan Sumbangan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Rahmah.

“Bukankah semua ini sumbangan daripada kerajaan persekutuan? Tetapi, apabila perdana menteri datang menemui rakyat, beliau tidak dibenar menggunakan kemudahan kerajaan (negeri).”

Minggu lalu, Onn Hafiz mendakwa beliau dihalang memasuki penempatan Felda di Kluang untuk menghadiri sebuah acara, yang kemudiannya dipindahkan ke dewan orang ramai.

Tetapi, Anwar berkata, tiada arahan sedemikian pernah diberikan.

시장 기회
카다노 로고
카다노 가격(ADA)
$0.1442
$0.1442$0.1442
-0.27%
USD
카다노 (ADA) 실시간 가격 차트
면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.