Polis berkata 185 laman web, platform, aplikasi dan media sosial dikesan digunakan bagi aktiviti pertaruhan bola sepak serta mempromosikan kegiatan perjudian.Polis berkata 185 laman web, platform, aplikasi dan media sosial dikesan digunakan bagi aktiviti pertaruhan bola sepak serta mempromosikan kegiatan perjudian.

331 ditahan, pertaruhan haram Piala Dunia cecah RM2.62 juta

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
M KumarPengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman M Kumar berkata 312 lelaki dan 19 wanita ditahan dalam 293 serbuan sejak 11 Jun lalu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seramai 234 warga tempatan dan 97 warga asing ditahan menerusi Op Soga XI di seluruh negara bagi membanteras pertaruhan haram mencecah RM2.62 juta sempena Piala Dunia Fifa 2026 ketika ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, M Kumar, berkata 312 lelaki dan 19 wanita yang dipercayai terbabit aktiviti pertaruhan haram dan perjudian dalam talian ditahan dalam 293 serbuan sejak 11 Jun lalu.

“Polis turut merampas wang tunai berjumlah RM145,005.09 serta merekodkan nilai pertaruhan sebanyak RM2,625,529.46,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, 185 laman web, platform, aplikasi dan media sosial yang dikesan digunakan bagi aktiviti pertaruhan bola sepak serta mempromosikan kegiatan perjudian akan disekat dan diturunkan kandungannya dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

Jelasnya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Akta Pertaruhan 1953, Akta Imigresen 1959/63 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Tegasnya, operasi serta tindakan penguatkuasaan akan diteruskan sehingga 19 Julai ini, dan orang ramai digesa menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi membantu usaha membanteras sindiket pertaruhan haram yang semakin aktif menggunakan platform digital.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.