Kementerian Komunikasi berkata liputan jalur lebar dijangka capai sasaran tahun depan.Kementerian Komunikasi berkata liputan jalur lebar dijangka capai sasaran tahun depan.

Kerajaan sasar 100% capaian internet di kawasan berpenduduk

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Abdul Halim Hamzah (dua kiri) hadir menyaksikan siaran langsung Piala Dunia 2026 pada program Japen Arena Penggerak Komuniti (Jago) di Balai Raya Kampung Istana, Batu Pahat. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kementerian Komunikasi sasar 100% capaian internet di kawasan berpenduduk di seluruh negara menjelang tahun depan, kata Ketua Setiausaha Abdul Halim Hamzah.

Katanya, menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela), liputan jalur lebar di kawasan berkenaan kini berada pada tahap 99.71%, sekali gus menterjemahkan komitmen tinggi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Beliau berkata, sebelum pelaksanaan Jendela capaian internet di seluruh negara hanya sekitar 90%, namun menerusi fasa terkini pelan itu, SKMM akan memfokuskan capaian sehingga 4G dan 5G.

“Kita di pihak kementerian dan SKMM, akan terus memperluas capaian sehingga 4G dan memperkasakan 5G, termasuk di kawasan luar bandar yang dilaksanakan dengan kerjasama serta perkongsian infrastruktur antara syarikat telekomunikasi.

“Dengan kaedah berkenaan, ia mampu mempercepat perluasan liputan serta meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pengguna,” katanya kepada Bernama selepas menonton siaran langsung perlawanan Piala Dunia 2026 sempena program Japen Arena Penggerak Komuniti (Jago) di Kampung Istana, Batu Pahat.

Turut hadir menyaksikan perlawanan itu ialah Ketua Pengarah Jabatan Penerangan (Japen) Erwin Khairul Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Istana, Abd Jalil Ali.

Abdul Halim berkata, perluasan capaian internet yang baik mampu melancarkan pelbagai sektor termasuk pendidikan dan ekonomi, terutamanya di kawasan kampung, luar bandar serta pedalaman.

Sementara itu, Erwin Khairul berkata program Jago merupakan kesinambungan daripada program ‘wayang pacak’ yang kini dimodenkan, namun peranannya dikekalkan sebagai platform penyampaian maklumat serta dasar kerajaan.

Beliau berkata buat masa ini, terdapat empat unit kenderaan pelbagai fungsi (MFV) beroperasi di seluruh negara dan pihaknya merancang untuk menambah aset itu kepada 16 unit pada masa akan datang, selain menyasarkan setiap negeri memiliki sekurang-kurangnya satu unit kenderaan berkenaan.

“Kita akan sentiasa bergerak ke seluruh negara, termasuk menyampaikan inisiatif oleh kerajaan seperti penyasaran subsidi diesel, pengecualian caj pengeluaran wang di mesin ATM dan baucar buku untuk pelajar.

“Selain itu, kita Japen juga bekerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menyiarkan filem tempatan kepada masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Abd Jalil berkata sebagai tuan rumah program Jago, pihaknya teruja dan pada masa sama berbangga apabila kampung tersebut terpilih sebagai Kampung Angkat MADANI (KAM) Kementerian Komunikasi 2026.

“Menerusi program KAM ini, penduduk di sini menerima manfaat, apabila balai raya yang dibina pada 1950 itu akan dinaik taraf dengan peruntukan sebanyak RM400,000.

“Selain itu, RM100,000 lagi akan digunakan oleh komuniti setempat untuk program serta aktiviti bersama, termasuk sumbangan kebajikan kepada golongan memerlukan,” katanya.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.