Suspek lelaki berusia 24 tahun itu tiba di Macau dengan penerbangan dari sebuah negara di Asia Tenggara pada lewat malam 20 Jun lalu.Suspek lelaki berusia 24 tahun itu tiba di Macau dengan penerbangan dari sebuah negara di Asia Tenggara pada lewat malam 20 Jun lalu.

Rakyat Malaysia disyaki seludup dadah RM2 juta ditahan di Macau

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
malaysian arrestedMenurut Polis Kehakiman Macau, suspek dipercayai direkrut sindiket pengedaran dadah di Malaysia yang menjanjikan bayaran RM3,000 atau kira-kira MOP$6,000 sebaik kegiatannya selesai. (Gambar polis Macau)

PETALING JAYA: Seorang rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa di Lapangan Antarabangsa Macau selepas disyaki menyeludup hampir tiga kg dadah jenis heroin bernilai kira-kira MOP$4.18 juta (RM2.09 juta), bulan lalu.

Dalam kenyataan, Polis Kehakiman Macau (PJ) berkata, suspek lelaki berusia 24 tahun itu tiba di Macau dengan penerbangan dari sebuah negara di Asia Tenggara pada lewat malam 20 Jun lalu.

Katanya, suspek dikesan pegawai Bahagian Narkotik PJ yang ditempatkan di lapangan terbang susulan risikan dan pemantauan terhadap taktik penyeludupan dadah antarabangsa.

“Lelaki Malaysia itu ditahan sebaik mengambil bagasi berdaftarnya sebelum pemeriksaan di lokasi menemukan 49 kotak biskut tuna yang dibungkus rapi.

“Setiap kotak mengandungi dua paket biskut dan satu tin pes tuna. Pemeriksaan ke atas beberapa tin itu mendapati ia tidak mengandungi pes tuna, sebaliknya dipenuhi serbuk putih,” katanya, menurut Harian Metro.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut terhadap penemuan serbuk putih mendapati bahan berkenaan adalah heroin seberat 2,987 gram (2.987kg) dengan nilai pasaran kira-kira MOP$4.18 juta (RM2.09 juta).

Katanya, lelaki terbabit dipercayai direkrut sindiket pengedaran dadah di Malaysia yang menjanjikan bayaran RM3,000 atau bersamaan kira-kira MOP$6,000 sebaik kegiatan menyeludup selesai.

“Lelaki itu dipercayai diarahkan mengambil dadah berkenaan di sebuah negara Asia Tenggara sebelum menyeludup ke Macau.

“Ia dipercayai untuk dihantar ke wilayah berhampiran mengikut arahan sindiket,” katanya.

Lelaki itu kemudian dirujuk ke Pejabat Pendakwa Raya atas kesalahan mengedar dadah narkotik dan bahan psikotropik secara haram.

Pengedaran dadah adalah jenayah serius di Macau apabila pesalah berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.