Presiden bersatu itu berkata Najib Razak sudah didapati bersalah dan dipenjarakan.Presiden bersatu itu berkata Najib Razak sudah didapati bersalah dan dipenjarakan.

Apa kena mengena PRN Johor dengan pengampunan Najib, soal Muhyiddin

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
muhyiddin yassinPresiden Bersatu, Muhyiddin Yassin ketika berucap dalam satu ceramah di di Gersik, malam tadi.

PAGOH: Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, mempersoalkan kaitan PRN Johor dengan kemungkinan pengampunan diraja terhadap bekas perdana menteri Najib Razak, yang kini menjalani hukuman penjara atas kesalahan rasuah.

“Najib sudah pun disabitkan bersalah,” kata Muhyiddin, yang merupakan antara pengkritik lantang skandal 1MDB sejak 11 tahun lalu, ketika berucap pada ceramah di Gersik, malam tadi.

Apabila beliau bertanya kepada lebih 70 hadirin sama ada mereka bersetuju Najib dibebaskan daripada penjara, mereka menjawab ‘tidak.

Muhyiddin turut berkata bahawa ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri di bawah pentadbiran Najib, beliau menyuarakan kebimbangan mengenai dana pelaburan strategik milik kerajaan itu.

Beliau kemudian digugurkan daripada jawatan timbalan perdana menteri pada 2015.

Semalam, anak Najib, Nazifuddin Najib, mendakwa kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam PRN Johor akan menjadi isyarat bahawa rakyat masih menyokong bekas Ahli Parlimen Pekan itu dan berharap beliau diberikan pengampunan diraja.

Najib, 72, kini sedang menjalani hukuman penjara enam tahun dalam kes SRC International Sdn Bhd.

Hukuman asal penjara selama 12 tahun dikurangkan kepada enam tahun oleh Lembaga Pengampunan pada Februari 2024, manakala denda RM210 juta turut dikurangkan kepada RM50 juta.

Tempoh hukuman beliau dijadualkan berakhir pada 23 Ogos 2028.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs