Isu pembebasan kembali timbul selepas anak Najib Razak berkata kemenangan besar BN pada PRN Johor beri isyarat rakyat terus sokong bapanya.Isu pembebasan kembali timbul selepas anak Najib Razak berkata kemenangan besar BN pada PRN Johor beri isyarat rakyat terus sokong bapanya.

Kuasa bebas Najib hak Agong, tiada kaitan politik, kata Azalina

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
AZALINA_OTHMANKetua Penerangan Umno Azalina Othman Said berkata isu pembebasan Najib Razak tiada kena mengena dengan politik.

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Umno Azalina Othman Said berkata kuasa membebaskan bekas perdana menteri, Najib Razak daripada hukuman penjara terletak pada kuasa Lembaga Pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Beliau berkata, isu pembebasan Najib itu sepatutnya tidak perlu dikaitkan dengan politik.

“Pada pandangan saya, kuasa membebaskan seseorang di penjara itu ialah Lembaga Pengampunan, kuasa Agong. Tidak ada kena mengena dengan politik,” katanya pada sidang media khas di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia.

Beliau berkata demikian mengulas terdapat persepsi sekiranya Barisan Nasional (BN) menang di Johor, ia akan dijadikan laluan bagi pembebasan bekas presiden Umno itu.

Semalam, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim menyifatkan gabungan itu diheret menyertai PRN Johor kerana ada pihak mahu kembali berkuasa supaya Najib dapat dibebaskan.

Anwar berkata, sememangnya tiada keperluan untuk diadakan PRN Johor, namun ia berlaku disebabkan ada pihak beranggapan mereka cukup kuat.

Jumaat lalu, anak Najib, Nazifuddin, berkata kemenangan besar BN pada PRN Johor akan memberi isyarat rakyat terus menyokong bapanya dan berharap beliau mendapat pengampunan diraja.

Ketua Umno Langkawi itu mengulas naratif kemenangan besar BN di Johor akan membawa kepada pembebasan Najib.

Selasa lalu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dilaporkan berkata, beliau akan menjadi individu pertama meletak jawatan dalam Jemaah Menteri, sekiranya Najib dibebaskan dari penjara, selain tidak menolak kemungkinan DAP meninggalkan kerajaan perpaduan.

Najib, 72, sedang menjalani hukuman penjara enam tahun dalam kes SRC International Sdn Bhd, selepas hukuman penjara asal 12 tahun dikurangkan kepada enam tahun dan denda RM210 juta dikurangkan kepada RM50 juta

Bekas ahli Parlimen Pekan itu dijadualkan tamat hukuman penjaranya pada 23 Ogos 2028.

Najib turut disabitkan bersalah atas pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB, di mana Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun. Beliau telah memfailkan rayuan terhadap sabitan itu.

시장 기회
카타나 이누 로고
카타나 이누 가격(KATA)
$0.0000261
$0.0000261$0.0000261
-6.55%
USD
카타나 이누 (KATA) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs