Calon Skudai J Kartiyaini berkata rakyat Johor berhak tahu sama ada wujud persefahaman politik tidak didedahkan mengenai lima jawatan lantikan itu.Calon Skudai J Kartiyaini berkata rakyat Johor berhak tahu sama ada wujud persefahaman politik tidak didedahkan mengenai lima jawatan lantikan itu.

Adakah BN sedia peruntuk Adun lantikan kepada PAS, soal calon DAP

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
Kartiyaini JeyapalanJ Kartiyaini daripada DAP, berkata BN harus menjelaskan keadaan dan menamatkan spekulasi jika tiada persefahaman sedemikian dengan PAS.

JOHOR BAHRU: Seorang calon Pakatan Harapan (PH) mendesak Barisan Nasional (BN) mendedahkan sama ada secara tersirat berhasrat memperuntukkan jawatan Adun lantikan kepada PAS sebagai sebahagian persefahaman politik pada PRN Johor.

Calon di Skudai, J Kartiyaini, memetik kenyataan mutakhir oleh Pengerusi BN Johor Onn Hafiz Ghazi bahawa calon BN yang tewas dalam PRN tidak akan dilantik sebagai Adun lantikan.

Justeru, beliau mempersoalkan sama ada kenyataan sedemikian bermakna BN telah pun mencapai persefahaman dengan ‘parti lain’ bagi mengisi lima jawatan tersedia itu, selepas PRN 11 Julai ini.

“Yang menariknya apabila PAS tidak meletakkan calon di kebanyakan kawasan pilihan raya.

“Ini secara tidak langsung menimbulkan persoalan mengenai sama ada wujudnya beberapa bentuk persefahaman politik antara BN dan PAS, termasuk kemungkinan dilantik sebagai Adun lantikan, jika BN membentuk kerajaan,” katanya kepada pemberita.

Kartiyaini daripada DAP, berkata rakyat Johor mempunyai hak mengetahui sama ada perjanjian politik sedemikian telah dicapai di belakang tabir.

Katanya, BN sepatutnya menjelaskan keadaan sebenar dan menamatkan isu ini sekiranya tiada persefahaman seumpamanya.

“Politik yang telus sepatutnya tidak meninggalkan ruang untuk spekulasi. Cara terbaik menamatkan perkara ini adalah dengan memberikan penjelasan yang jelas kepada rakyat.”

Minggu lalu, Onn Hafiz berkata calon BN yang gagal dipilih menjadi wakil rakyat tidak akan mendapat pelantikan ‘pintu belakang’ dan mereka mesti menerima keputusan pengundi dengan hati terbuka.

DUN Johor telah meluluskan rang undang-undang pindaan tubuh kerajaan negeri pada 7 Mei lalu, membenarkan pelantikan lima Adun lantikan, sekali gus meningkatkan jumlah keseluruhan kepada kepada 61 Adun.

Johor merupakan negeri keempat mempunyai Adun lantikan, selepas Sabah, Terengganu, dan Pahang.

시장 기회
카다노 로고
카다노 가격(ADA)
$0.1815
$0.1815$0.1815
-4.06%
USD
카다노 (ADA) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs