Tertuduh didapati memandu dengan kandungan alkohol dalam badan 82mg per 100ml darah, lebih 32mg daripada had ditetapkan 50mg per 100ml darah.Tertuduh didapati memandu dengan kandungan alkohol dalam badan 82mg per 100ml darah, lebih 32mg daripada had ditetapkan 50mg per 100ml darah.

Pemandu mabuk dijel 2 hari, denda RM17,000

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
tawauMahkamah Majistret Tawau turut memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda dan lesen memandunya digantung dua tahun. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Mahkamah Majistret Tawau menjatuhkan hukuman penjara dua hari dan denda RM17,000 terhadap seorang pengurus kelab malam yang mengaku bersalah memandu dalam keadaan mabuk, bulan lalu.

Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin memerintahkan Tan Tiong Peng, 37, menjalani hukuman penjara mulai hari ini.

Beliau turut memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda RM17,000 dan lesen memandunya digantung dua tahun.

Tan didapati memandu Toyota Alphad dengan kandungan alkohol dalam badan 82mg per 100ml darah, lebih 32mg daripada had ditetapkan 50mg per 100ml darah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu dalam operasi mabuk yang dijalankan pasukan dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Tawau di Jalan Bintang Kubota, Tawau, kira-kira 2.40 pagi 14 Jun lalu.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2020, jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun dan denda tidak kurang RM10,000 dan maksimum RM30,000 serta hilang kelayakan memandu selama dua tahun.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia telah insaf, mengakui kesalahannya dan berjanji tidak akan mengulanginya.

Pegawai Pendakwa BSPT di IPD Tawau, Joan Lee, memohon hukuman berat dengan mengambil kira faktor kepentingan awam kerana kesalahan memandu dalam keadaan mabuk adalah serius dan menyebabkan banyak nyawa terkorban.

Beliau berhujah, tindakan tertuduh mewujudkan risiko tinggi terhadap nyawa serta keselamatan orang awam, justeru hukuman berat wajar dikenakan sebagai mesej jelas mahkamah tidak akan berkompromi dengan individu memandu dalam keadaan membahayakan pengguna jalan raya.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs