Yayasan Al-Abreen untuk Migran dan Perkhidmatan Kemanusiaan berkata 16 mayat ditemui di kawasan pantai setakat ini. (Gambar Pixabay)
TRIPOLI: Sebuah bot membawa 61 migran karam di luar pantai Tobruk, timur Libya pada 12 Jun lalu menyebabkan 51 orang maut atau hilang, lapor Xinhua memetik Yayasan Al-Abreen untuk Migran dan Perkhidmatan Kemanusiaan pada Jumaat.
Yayasan itu berkata, hanya 10 pendatang terselamat, manakala 16 mayat ditemui setakat ini di kawasan pantai, termasuk Ain Al-Ghazala, Al-Qardaba, Akrimah dan Al-Qa’rah.
Katanya, operasi mencari baki pendatang asing masih hilang itu diteruskan.
Libya kekal transit utama untuk pendatang ke Eropah merentasi Laut Mediterranean.
Kejadian kapal karam kerap berlaku kerana terlalu sesak dan keadaan laut berbahaya.

