Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan berkata kaedah itu memudahkan penerima yang tidak mempunyai akaun bank khususnya warga emas dan golongan uzur.Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan berkata kaedah itu memudahkan penerima yang tidak mempunyai akaun bank khususnya warga emas dan golongan uzur.

Program Penunaian STR dilaksana di 20 lokasi seluruh Sarawak

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Amir Hamzah Azizan beramah mesra dengan orang ramai bernama pic 20626Amir Hamzah Azizan beramah mesra dengan orang ramai ketika melawat tapak Jualan Rahmah ketika menghadiri Program Penunaian Sumbangan Tunai Rahmah di Dewan Mahligai Gading Lundu, hari ini. (Gambar Bernama)

LUNDU: Program Penunaian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dilaksanakan di 20 lokasi di seluruh Sarawak sekali gus memudahkan penerima, khususnya golongan warga emas, uzur dan penduduk di kawasan luar bandar.

Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan, berkata menerusi program itu, kerajaan bukan sahaja melaksanakan proses pendaftaran dan semakan kelayakan malah turut menyalurkan bantuan secara tunai kepada penerima yang layak.

“Kita faham terdapat penerima STR tidak mempunyai akaun bank. Oleh itu, kita menyediakan kaedah lain untuk menyalurkan bantuan tersebut kepada mereka.

“Terdapat juga penerima berusia atau uzur. Dalam keadaan itu, mereka boleh melantik wakil untuk hadir bagi pihak, dengan syarat mengemukakan dokumen dan bukti yang diperlukan,” katanya kepada pemberita di program itu di sini hari ini.

Amir Hamzah bagaimanapun berkata penerima STR digalakkan untuk membuka akaun bank bagi memudahkan penyaluran bantuan itu.

“Kita faham ada penerima tinggal jauh di luar bandar dan apabila perlu ke kawasan bandar ia akan melibatkan kos lain seperti tambang dan sebagainya. Jika mereka mempunyai akaun bank, proses pemindahan bantuan dapat dilakukan secara automatik,” katanya.

Amir Hamzah berkata di Sarawak, hampir 900,000 rakyat menerima manfaat daripada STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

STR adalah bantuan tunai bersasar diberikan kerajaan Madani bagi membantu meringankan tekanan kos sara hidup.

Market Opportunity
Lorenzo Protocol Logo
Lorenzo Protocol Price(BANK)
$0.03872
$0.03872$0.03872
-5.14%
USD
Lorenzo Protocol (BANK) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel