Bahagian Kesihatan Digital KKM diarah segera buat kajian bagi merealisasikan peralihan sistem cuti sakit kepada platform digital yang lebih selamat.Bahagian Kesihatan Digital KKM diarah segera buat kajian bagi merealisasikan peralihan sistem cuti sakit kepada platform digital yang lebih selamat.

KKM kaji sistem e-MC bendung sindiket sijil sakit palsu

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
MC medical certificate cuti sakitSijil cuti sakit hanya boleh diberikan oleh doktor atau pegawai perubatan yang merawat pesakit. (Gambar fail)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengkaji pelaksanaan sijil cuti sakit digital (e-MC) sebagai langkah membendung penyelewengan, pemalsuan dan kecurian identiti pengamal perubatan oleh sindiket sijil sakit palsu.

Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad, berkata Bahagian Kesihatan Digital KKM diarahkan untuk segera membuat kajian bagi merealisasikan peralihan sistem cuti sakit kepada platform digital yang lebih selamat.

“Sijil cuti sakit (MC) hanya boleh diberikan oleh seorang doktor atau pegawai perubatan yang merawat pesakit. Ini adalah satu perkara yang jelas. Kes salah laku etika ini adalah isu yang agak serius dan KKM tidak akan berkompromi sama sekali.

“Mungkin ini juga adalah satu isyarat jelas untuk kita mula bergerak ke arah sistem digital atau e-MC. Ini adalah jalan ke hadapan untuk kita meminimumkan salah guna,” katanya pada sidang media selepas melancarkan program Cik Era Naik MRT di stesen MRT Tun Razak Exchange (TRX), hari ini.

Beliau mengulas kes membabitkan lima individu termasuk seorang jururawat di Pekan, Pahang, yang direman bagi membantu siasatan kes penjualan dan pembelian MC yang disyaki tidak sah serta kewujudan sindiket laman web ‘Holiday Master’ yang aktif memalsukan nama doktor dan klinik swasta sejak 2016.

Mengenai sindiket ‘Holiday Master’ yang dikesan mencuri nombor pendaftaran profesional pengamal perubatan swasta bagi mengaut keuntungan, Dzulkefly berkata kes berkenaan kini bawah siasatan Majlis Perubatan Malaysia.

“Majlis Perubatan Malaysia akan menjadi agensi utama yang menerajui tindakan ini dan mereka akan bekerjasama rapat dengan pihak penguatkuasa undang-undang. KKM juga akan melihat implikasi daripada sudut pencerobohan data dalaman bagi memastikan identiti doktor-doktor kita tidak sewenang-wenangnya disalah guna,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Dzulkefly turut mengingatkan orang ramai tidak menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) sebagai medium untuk mendiagnosis penyakit sendiri, terutama bagi penyakit kronik berisiko tinggi seperti kanser dan masalah jantung.

Beliau berkata, isu penggunaan AI dalam sektor kesihatan kini semakin kerap dibincangkan awam namun aspek keselamatan dan ketepatan klinikal pesakit tetap menjadi keutamaan yang tidak boleh dikompromi.

“Saya menggesa seandainya ada apa-apa masalah kesihatan, segera merujuk kepada pengamal perubatan sama ada di pihak awam mahu pun swasta, sama ada di klinik-klinik pengamal am (GP), klinik-klinik kerajaan, mahu pun hospital awam. Jangan tanggung ini sendiri.

“Kita tidak boleh melakukannya secara kaedah buat sendiri (DIY) berasaskan AI. Macam mana pun kehebatan teknologi AI tersebut, jangan kita ambil ia sebagai sumber mutlak untuk membuat keputusan perubatan, sama ada sifatnya penyaringan ataupun pengesahan ,” katanya.

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order