Pengasas bersama PCM, Huan Cheng Guan berkata pertukaran nama diputuskan dua bulan lalu dan tak libatkan sebarang bayaran.Pengasas bersama PCM, Huan Cheng Guan berkata pertukaran nama diputuskan dua bulan lalu dan tak libatkan sebarang bayaran.

Wawasan angkat Parti Cinta Malaysia ke tahap baharu, kata pengasas

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
hamzah zainudin launch parti wawasanParti Wawasan Negara dilancarkan Hamzah Zainudin di konvensyen Reset di Tanah Merah, Kelantan pada 13 Jun lalu. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Parti Wawasan Negara merupakan versi penjenamaan semula Parti Cinta Malaysia (PCM) yang berpangkalan di Pulau Pinang, kata pengasas bersama PCM, Huan Cheng Guan.

Menurutnya, peralihan itu dipersetujui beberapa bulan lalu dan tidak melibatkan sebarang transaksi kewangan.

huan cheng guanHuan Cheng Guan.

Huan, yang mengasaskan PCM pada 2009 dan kini merupakan salah seorang naib presiden Wawasan, berkata pengambilalihan parti itu oleh Hamzah Zainudin dan sekutunya mendapat sokongan sebulat suara daripada kepimpinan kanan parti.

“Tiada sebarang bayaran dibuat. Saya masih berada dalam parti sebagai naib presiden dan saya juga akan terus aktif di Pulau Pinang,” katanya kepada FMT.

Huan berkata, penjenamaan semula itu didorong oleh ketidakmampuan PCM untuk mencapai tarikan politik walaupun telah wujud selama 16 tahun.

“Kami tidak berjaya membuat sebarang kejayaan besar. Kami juga tidak mempunyai wakil (di Parlimen atau DUN), jadi kami fikir lebih baik menjenamakan semula parti ini dan menjadikannya berbeza,” katanya.

Beliau berkata, transformasi itu serta-merta menaikkan kedudukan parti, dengan menyatakan bahawa parti itu bakal mempunyai 19 Ahli Parlimen dan lima Adun.

Ketika ini, Wawasan secara rasmi mempunyai enam Ahli Parlimen. Seramai 13 lagi wakil rakyat yang berpihak kepada Hamzah masih bersama Bersatu tetapi telah digantung keahlian.

Huan berkata, ahli PCM sedia ada akan diserapkan secara berperingkat ke dalam struktur parti di peringkat negeri dan bahagian, dengan keutamaan ketika ini diberikan kepada penyusunan kepimpinan baharu di peringkat Parlimen dan negeri.

Beliau turut berkata parti itu mengadakan mesyuarat agung luar biasa pada Sabtu lalu dan sedang dalam proses memaklumkan pertukaran nama kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.

Wawasan memperkenalkan barisan kepimpinan pusat baharunya susulan mesyuarat tersebut, dengan bekas timbalan presiden Bersatu, Hamzah Zainudin, dilantik sebagai presiden.

Beberapa lagi pemimpin Bersatu yang baru-baru ini dipecat daripada parti itu, termasuk Wan Saiful Wan Jan, Saifuddin Abdullah dan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, turut menyertai barisan kepimpinan baharu tersebut.

Parti itu turut melantik Rais Yatim sebagai pengerusi.

Hamzah berkata persoalan mengenai kesahihan Wawasan tidak sepatutnya berbangkit kerana parti itu hanya mengambil alih sebuah parti sedia ada dan menukar namanya.

Market Opportunity
Particle Network Logo
Particle Network Price(PARTI)
$0.06
$0.06$0.06
-2.69%
USD
Particle Network (PARTI) Live Price Chart

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order