Menteri Johari Ghani berkata kerajaan tubuh pasukan petugas khas kaji dan rangka mekanisme berkenaan.Menteri Johari Ghani berkata kerajaan tubuh pasukan petugas khas kaji dan rangka mekanisme berkenaan.

Kerajaan bangun mekanisme larang import barangan hasil buruh paksa

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
generic port ship containerMenteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Johari Ghani berkata Malaysia ketika ini tidak mempunyai sebarang undang-undang dan mekanisme untuk melarang import barangan yang dihasilkan oleh buruh paksa. (Gambar Envato Elements)

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang membangunkan mekanisme untuk melarang import barangan yang dihasilkan oleh buruh paksa sebagai langkah proaktif memperkukuh pematuhan perdagangan antarabangsa dan memenuhi peraturan rakan dagang.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Johari Ghani berkata bagi mengkaji dan merangka mekanisme berkenaan, kerajaan menubuhkan Pasukan Petugas Antara Agensi Mengenai Buruh Paksa (IATFL) yang dipengerusikan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti).

Menurutnya, pasukan petugas itu turut dianggotai Kementerian Kewangan, Kementerian Luar, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pengangkutan.

“Ia juga melibatkan agensi kerajaan seperti Jabatan Peguam Negara, Jabatan Kastam, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan, polis, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Hamzah Zainudin (PN-Larut) mengenai status terkini pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS).

Johari berkata ketika ini Malaysia tidak mempunyai sebarang undang-undang dan mekanisme untuk melarang import barangan yang dihasilkan oleh buruh paksa.

Beliau berkata pelaksanaan mekanisme itu turut mengambil kira perkembangan siasatan AS di bawah Seksyen 301, termasuk petunjuk awal kemungkinan pengenaan tarif indikatif sebanyak 10% ke atas Malaysia selepas 24 Julai ini berhubung isu buruh paksa.

Siasatan berkaitan buruh paksa itu kata beliau, hampir dimuktamadkan manakala siasatan mengenai akses pasaran masih diteruskan.

“Siasatan mengenai isu buruh paksa hampir tamat dan dia (AS) dah bagi kita indikatif bahawa selepas 24 Julai ini, kemungkinan besar AS akan kenakan kita tarif indikatif 10% untuk isu ini,” katanya.

Pada 2 Jun, 2026, Johari berkata AS mengumumkan penemuan awal siasatan untuk 60 negara yang didakwa gagal menguatkuasakan larangan import ke atas barangan yang dihasilkan oleh buruh paksa.

Beliau berkata Malaysia antara 54 negara yang dikenal pasti tidak mempunyai sekatan perundangan khusus terhadap kemasukan barangan itu, manakala enam negara lain mempunyai undang-undang tetapi didapati gagal menguatkuasakannya.

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order