Mereka didakwa merusuh di hadapan sebuah premis perniagaan di Kuala Lumpur pada 11 Jun lepas.Mereka didakwa merusuh di hadapan sebuah premis perniagaan di Kuala Lumpur pada 11 Jun lepas.

13 didakwa merusuh di Jinjang Utara

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
rusuhan Jinjang UtaraMahkamah Majistret menetapkan 13 Ogos untuk sebulan semula kes membabitkan 13 lelaki yang didakwa merusuh.

KUALA LUMPUR: Seramai 13 lelaki termasuk seorang remaja bawah umur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan merusuh di sebuah premis perniagaan di Jinjang Utara, awal bulan ini.

Mereka ialah T Kavilan, 25; Wong Kui Yoong, 51; Leow Mun Yee, 33; Leong Chun Kit, 26; Yam Kit Lun, 21; Lim Zhen Huang, 31; Tan Kai Hao, 30; Teh Jin Huat, 40; Wong Kai Yan, 24; Lim Eng Hoon, 24; Kong Wai Lun, 22; Tan Hwa Yuan, 19; serta seorang remaja berusia 17 tahun.

Mengikut pertuduhan, mereka bersama-sama lima lagi individu yang masih bebas didakwa merusuh menggunakan batang kayu rotan sehingga boleh menyebabkan kecederaan, di hadapan sebuah premis perniagaan di Jinjang Utara pada 3.27 petang, 11 Jun lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Majistret Illi Marisqa Khalizan membenarkan Yam, Hwa Yuan dan remaja itu masing-masing diikat jamin RM4,500 dengan seorang penjamin, manakala 10 lagi tertuduh dewasa dibenarkan jaminan RM5,500 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 13 Ogos untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Iman Nurhidayah Ezani, manakala Mona Leonard Lubon mewakili Zhen Huang, Kai Hao, Teh dan remaja terbabit selaku peguam. Sembilan lagi tertuduh diwakili Nur Ashiqeen Mohd Sultan.

Media sebelum ini melaporkan semua lelaki terbabit ditahan pada 13 Jun lepas dalam operasi di sekitar ibu negara kerana disyaki terbabit dalam kejadian rusuhan dan pergaduhan membabitkan sekumpulan individu bersenjata.

Ketua Polis Sentul, Basri Sagoni, berkata siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada pertikaian berkaitan urusan hutang sebelum bertukar menjadi pergaduhan besar sehingga menyebabkan kecederaan kepada mangsa.

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order