Menteri Sumber Manusia R Ramanan berkata dua inisiatif itu akan memanfaatkan lebih 50,000 murid di seluruh negara.Menteri Sumber Manusia R Ramanan berkata dua inisiatif itu akan memanfaatkan lebih 50,000 murid di seluruh negara.

Kerajaan peruntuk RM20.8 juta bantu murid India menerusi inisiatif Mitra

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Menteri Sumber Manusia R.RamananR Ramanan (depan, tengah) pada pelancaran inisiatif Perabot Madani dan Kalvi Madani di SJK(T) Jalan Yahya Awal, Johor Bahru, hari ini. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Kerajaan memperuntukkan RM20.8 juta menerusi dua inisiatif bagi meningkatkan peluang pendidikan masyarakat India, yang dijangka memberi manfaat kepada lebih 50,000 murid di seluruh negara.

Menteri Sumber Manusia R Ramanan berkata inisiatif Perabot Madani dan Kalvi Madani yang dilaksanakan melalui Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) mencerminkan komitmen jangka panjang kerajaan untuk memastikan murid India tidak tercicir dalam pendidikan.

Berucap pada pelancaran peringkat kebangsaan kedua-dua program itu di SJK(T) Jalan Yahya Awal, Johor Bahru, hari ini, Ramanan berkata Perabot Madani menerima peruntukan RM12.8 juta bagi menyediakan perabot dan kemudahan pendidikan kepada 361 sekolah Tamil bantuan kerajaan di seluruh negara.

Inisiatif itu dijangka memanfaatkan 39,692 murid dan 5,290 guru melalui penyediaan meja, kerusi, perabot bilik guru, papan putih, kelengkapan kantin serta perabot makmal komputer.

“Pendidikan berkualiti mesti bermula dengan persekitaran pembelajaran yang berkualiti. Kita mahu mewujudkan suasana sekolah yang lebih kondusif supaya murid dapat belajar dengan selesa dan guru pula dapat mengajar dengan lebih berkesan,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, program Kalvi Madani bernilai RM8 juta akan dilaksanakan di 315 sekolah Tamil terpilih, membabitkan kira-kira 10,410 murid daripada keluarga B40.

Program itu menyediakan kelas tuisyen percuma bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains, selain bantuan nutrisi, kit pembelajaran serta peranti digital kepada sekolah yang mengambil bahagian.

Ramanan berkata Kalvi Madani yang menyasarkan murid Tahun 4 hingga Tahun 6 turut merangkumi peruntukan elaun kepada penyelaras program dan tenaga pengajar yang terbabit.

“Pendidikan adalah asas kepada pembangunan modal insan berkualiti. Kerajaan akan terus memastikan masyarakat India mendapat akses kepada peluang pendidikan yang lebih baik melalui inisiatif yang inklusif, mampan dan berimpak tinggi,” katanya.

Beliau berkata pelaburan dalam pendidikan kekal antara kaedah paling berkesan untuk memutuskan kitaran kemiskinan serta melahirkan generasi muda yang berkemahiran, berdaya saing dan mampu menyumbang kepada masa depan negara.

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order