Malaysia melonjak ke tangga 15 dalam Penarafan Daya Saing Dunia 2026, meningkat lapan anak tangga daripada kedudukan ke-23 tahun lalu.Malaysia melonjak ke tangga 15 dalam Penarafan Daya Saing Dunia 2026, meningkat lapan anak tangga daripada kedudukan ke-23 tahun lalu.

PM puji penjawat awam cekap, tingkat prestasi Malaysia

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
anwar ibrahim Anwar Ibrahim dalam sesi santai mesra perdana menteri dan ketua setiausaha negara dengan warga perkhidmatan awam zon selatan di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi Jabatan Kerja Raya di Simpang Ampat. (Gambar Bernama)

ALOR GAJAH: Perdana Menteri Anwar Ibrahim memuji kecekapan penjawat awam negara kerana berjaya meningkatkan prestasi Malaysia dalam Penarafan Daya Saing Dunia 2026 oleh Institut Pembangunan Pengurusan Antarabangsa (IMD).

Anwar berkata, peningkatan kedudukan Malaysia itu turut menerima pujian daripada Presiden Turkmenistan Serdar Berdimuhamedov ketika kunjungan beliau ke negara berkenaan baru-baru ini.

Malaysia melonjak ke tangga ke-15 dalam Penarafan Daya Saing Dunia 2026 IMD, meningkat lapan anak tangga daripada kedudukan ke-23 tahun lalu.

“Prestasi kita (Malaysia) dalam tiga setengah tahun ini bukan sebab Anwar perdana menteri, tidak…(tetapi) sebab sistem (pentadbiran penjawat awam) itu, dan rakan-rakan dalam pasukan…sebab penjawat awam.

“Presiden (Berdimuhamedov) sebut World Competitiveness Index (Penarafan Daya Saing Dunia), anda telah menunjukkan prestasi yang sangat baik. Saya kata terima kasih (kepada Presiden Serdar), tetapi saya tahu ini berlaku kerana pasukan perkhidmatan awam…kerana kecekapan dan perkhidmatan itu bukan hasil usaha saya seorang, tetapi seluruh pasukan di seluruh negara,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada sesi santai mesra perdana menteri dan ketua setiausaha negara dengan warga perkhidmatan awam zon selatan di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi Jabatan Kerja Raya (CREaTE) di Simpang Ampat.

Perdana menteri berkata, kejayaan Malaysia turut menarik perhatian Berdimuhamedov yang mahu menghantar pasukan penjawat awamnya bagi mengadakan perbincangan dengan penjawat awam negara untuk meningkatkan prestasi mereka.

Beliau berkata, hal itu satu pengiktirafan kepada Malaysia yang masih dikategorikan sebagai negara sedang membangun.

“Itu bos dia (Berdimuhamedov) kata, beliau nak hantar pasukan penjawat awamnya, bincang dengan pasukan penjawat awam kita. Ya, pujiannya satu, tetapi maknanya kita telah bergerak maju,” kata Anwar.

Hadir sama pada program sesi santai itu ialah Ketua Menteri Melaka Ab Rauf Yusoh, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Adam Adli Abd Halim, Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Abdul Halim Hamzah serta Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Azhar Arshad.

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order