Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abd Kadir berkata USM berada pada di kedudukan lima dunia, manakala UKM di tangga ketujuh daripada lebih 1,600 universiti.Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abd Kadir berkata USM berada pada di kedudukan lima dunia, manakala UKM di tangga ketujuh daripada lebih 1,600 universiti.

USM, UKM dalam kelompok 7 universiti terbaik dunia

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Zambry Abdul KadirMenteri Pendidikan Tinggi Zambry Abd Kadir, berkata lebih 1,600 universiti dinilai berdasarkan sumbangan terhadap matlamat pembangunan mampan (SDGs) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tersenarai dalam kelompok tujuh universiti terbaik dunia, menurut Times Higher Education (THE) Impact Rankings 2026.

Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abd Kadir, berkata USM melonjak ke kedudukan kelima dunia, manakala UKM berada di tangga ketujuh daripada lebih 1,600 universiti yang dinilai berdasarkan sumbangan terhadap matlamat pembangunan mampan (SDGs) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Katanya, USM turut mengekalkan kedudukan nombor satu dunia bagi SDG 17: Perkongsian Demi Matlamat, sekali gus membuktikan keupayaan universiti Malaysia memimpin kerjasama strategik di peringkat global.

“Pencapaian ini membuktikan bahawa universiti-universiti Malaysia bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik dan penyelidikan, malah memberi impak besar kepada pembangunan masyarakat serta agenda kemampanan dunia,” katanya dalam catatan di Facebook.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh kepimpinan universiti, ahli akademik, penyelidik, kakitangan dan para pelajar atas kejayaan yang membanggakan itu.

“Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk kita terus memperkukuh kecemerlangan pendidikan tinggi negara dan meletakkan Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi bertaraf dunia,” katanya.

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order