DUN Machap, yang akan ditandingi Onn Hafiz Ghazi (BN) dianggap sebagai medan uji penerimaan rakyat terhadap kepimpinannya selepas 4 tahun terajui kerajaan negeriDUN Machap, yang akan ditandingi Onn Hafiz Ghazi (BN) dianggap sebagai medan uji penerimaan rakyat terhadap kepimpinannya selepas 4 tahun terajui kerajaan negeri

DUN Puteri Wangsa, Machap, Pasir Raja antara kerusi tumpuan PRN Johor

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Maszlee Malik, Adham Baba, Sahruddin Jamal, Sharon Teo Siew Hui and Jati Awang(Dari kiri) Bekas menteri Maszlee Malik dan Dr Adham Baba, bekas menteri besar Dr Sahruddin Jamal and muka baharu Sharon Teo and Jati Awang antara calon bertanding pada PRN Johor 11 Julai ini.

JOHOR BAHRU: Tempoh berkempen PRN Johor ke-16 bermula hari ini dijangka tertumpu kepada beberapa ‘kerusi panas’ membabitkan calon berprofil tinggi, penyandang serta kemunculan muka lama yang berpotensi mempengaruhi keputusan keseluruhan pada hari pengundian 11 Julai ini.

Antara paling mencuri perhatian ialah DUN Machap apabila Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi daripada Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi itu dalam pertandingan satu lawan satu menentang calon Pakatan Harapan (PH) Nur Hafiz Roslan, yang juga seorang peguam.

Kawasan yang mempunyai 35,206 pemilih berdaftar itu dianggap sebagai medan menguji penerimaan rakyat terhadap kepimpinan Onn Hafiz selepas empat tahun menerajui pentadbiran negeri.

Turut menjadi perhatian ialah DUN Puteri Wangsa yang menyaksikan bekas menteri pendidikan Maszlee Malik mewakili PH berdepan pertandingan lima penjuru melibatkan Teow Chia Ling (BN), Nicholas Paul Vincent (Bersama), Rashifa Al Junied (Muda) dan calon bebas Wang Wee Siong.

Dengan 128,723 pemilih berdaftar, ia merupakan antara kawasan terbesar dari segi jumlah pengundi dan dijangka menjadi antara persaingan paling sengit pada PRN kali ini.

Di utara Johor pula, DUN Bukit Kepong dijangka menyaksikan saingan sengit apabila bekas menteri besar Johor Sahruddin Jamal mewakili Perikatan Nasional (PN) berdepan calon BN Ahmad Syar’e Yusof dan calon PH C Subramani.

Pertembungan tiga penjuru di kerusi yang mempunyai 37,683 pengundi itu disifatkan sebagai antara ujian terbesar buat PN.

Bagi DUN Permas, Amanah mencipta kelainan apabila buat pertama kali mempertaruhkan calon berbangsa Cina, Sharon Teo Siew Hui, dalam pertandingan empat penjuru membabitkan Baharudin Mohamed Taib (BN), T Vela (PN) dan Dr Zamil Najwah Arbain (Bersama).

Kemunculan semula bekas menteri kesihatan Dr Adham Baba di DUN Pasir Raja turut menjadi antara tarikan utama PRN Johor.

Selepas lapan tahun tidak bertanding di kerusi DUN, bekas Adun Parit Raja itu kembali mewakili BN dalam saingan tiga penjuru berdepan calon PH Mohd Fakharuddin Moslim dan Yuhanita Yunan daripada PN di kawasan yang mempunyai 29,818 pemilih berdaftar itu.

Kerusi DUN Larkin pula dijangka menjadi antara penentu utama di kawasan bandar apabila mempertemukan penyandang yang juga Exco Belia dan Sukan Johor Mohd Hairi Mad Shah (BN) dan Ahli Parlimen Pulai Suhaizan Kayat (Amanah).

Kehadiran calon Bersama menerusi Norsinah Abu di DUN Larkin turut dijangka berpotensi menambah dinamik persaingan serta mempengaruhi pola sokongan pengundi di kerusi yang mempunyai 76,662 pemilih berdaftar itu.

Selain itu, DUN Endau mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi pentas sulung Parti Orang Asli Malaysia (Asli) menyertai pilihan raya negara, sekali gus membuka lembaran baharu penyertaan parti berasaskan masyarakat Orang Asli dalam sistem demokrasi negara.

Asli mempertaruhkan Jati Awang, 52, di kerusi berkenaan dalam pertandingan empat penjuru yang turut melibatkan calon BN Alwiyah Talib, Saiful Nizam Samat (PH) dan Hasnul Hakimi Hussien (PN).

Pengarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Madya Dr Mazlan Ali turut menjangkakan beberapa kerusi marginal yang dimenangi BN dengan majoriti tipis pada PRN Johor 2022 seperti Bukit Pasir dan Parit Yaani berpotensi menentukan sama ada parti itu mampu mengekalkan penguasaan dua pertiga di DUN atau memberi ruang kepada parti lain bagi menambah kerusi.

PRN Johor akan diadakan 11 Julai ini, manakala pengundian awal pada 7 Julai.

Market Opportunity
4 Logo
4 Price(4)
$0.008355
$0.008355$0.008355
-5.00%
USD
4 (4) Live Price Chart
Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Newbies:Deposit $100, Get $1,000

Newbies:Deposit $100, Get $1,000Newbies:Deposit $100, Get $1,000

Plus Up to a $50 Referral Bonus