Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook menjadi Adun Chennah selama tiga penggal. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook tidak kisah sesiapa pun yang mahu bertanding di DUN Chennah pada PRN Negeri Sembilan akan datang.
Beliau berkata demikian selepas media melaporkan ahli perniagaan kontroversi, Albert Tei, mempertimbangkan tawaran untuk bertanding menentang Loke, yang mewakili rakyat Chennah sejak 2013.
“Saya punya fokus ialah kepada kerja saya, kepada rakyat dan pengundi Chennah yang telah saya wakili selama tiga penggal. Jadi siapa-siapa nak bertanding, silakan,” katanya, lapor Sinar Harian.
Loke dijangka akan mempertahankan Chennah, yang akan mengundi pada 1 Ogos. Pada PRN lalu, beliau berjaya menangkis cabaran PN dengan kelebihan 2,200 undi.
Sementara itu, Loke berpesan kepada pencabar supaya menukar alamat terlebih dahulu.
“Kalau bukan alamat di Negeri Sembilan, dia tak boleh bertanding,” katanya.


