Britain bergelut tangani masalah 'zombie vape' walaupun ada kawalan ketat dan pakar berkata Malaysia masih ada masa untuk elak krisis serupa.Britain bergelut tangani masalah 'zombie vape' walaupun ada kawalan ketat dan pakar berkata Malaysia masih ada masa untuk elak krisis serupa.

Pakar gesa larangan menyeluruh vape, ambil iktibar pengalaman Britain

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
VapePakar kesihatan berkata Malaysia perlu ambil iktibar daripada masalah Britain yang bergelut mengekang krisis kesihatan berkait vape di negara itu.

PETALING JAYA: Pengalaman Britain berdepan kesan buruk penggunaan vape terutama dalam kalangan golongan muda menjadikan larangan menyeluruh terhadap vape di Malaysia satu keperluan mendesak, menurut pakar kesihatan.

Mereka berkata pengalaman di United Kingdom menunjukkan bahawa larangan separa mungkin tidak mencukupi untuk melindungi golongan muda daripada bahaya vape.

Pakar Perunding Pediatrik, Dr Amar Singh, berkata Malaysia perlu mengambil iktibar sebelum masalah itu menjadi semakin berakar umbi di negara ini.

“Kita memerlukan larangan vape di seluruh negara jika benar-benar serius mahu melindungi golongan muda,” katanya kepada FMT.

Amaran itu dibuat ketika pihak berkuasa mengesan peningkatan jumlah peranti vape yang dicampur dengan kanabinoid sintetik, etomidate dan bahan psikoaktif lain, sama seperti wabak ‘zombie vape’ di Britain.

Britain mengharamkan vape pakai buang tahun lalu bagi membendung penggunaan dalam kalangan remaja, namun peranti boleh isi semula masih dibenarkan, sekali gus menimbulkan kebimbangan bahawa produk yang dicampur bahan terlarang masih boleh sampai kepada kanak-kanak dan golongan muda.

Penyelidik yang menganalisis peranti vape yang dirampas di 114 sekolah menengah di England mendapati 13% daripadanya mengandungi dadah sintetik Spice, dengan kadar itu meningkat kepada hampir satu daripada empat peranti di London dan Lancashire.

Pihak berkuasa turut melaporkan peningkatan jumlah kanak-kanak mendapatkan rawatan akibat ketagihan vape, termasuk seorang kanak-kanak berusia 12 tahun di London yang koma selepas mengalami kegagalan paru-paru akibat menggunakan vape yang dicampur dadah.

Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad, baru-baru ini berkata peningkatan rampasan vape yang dicampur dadah mengukuhkan keperluan untuk tindakan lebih tegas ketika agensi penguat kuasa berdepan kemasukan bahan terlarang ke dalam produk yang mudah diakses golongan muda.

Amar berkata ramai remaja masih menganggap vape sebagai sesuatu yang bergaya dan tidak bahaya, tanpa menyedari bahawa sesetengah produk kini mengandungi bahan yang boleh menyebabkan ketagihan dan kesan buruk dalam tempoh beberapa hari atau minggu.

“Antara kesannya ialah sawan, hilang kesedaran, serangan panik disertai perasaan takut yang melampau, halusinasi dan psikosis. Kadangkala, hanya sekali menggunakan ‘zombie vape’ sudah cukup untuk menyebabkan koma,” katanya.

Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2022, kira-kira 14.9% rakyat Malaysia berusia 13 hingga 17 tahun menggunakan produk vape, mewakili lebih 300,000 remaja. Beberapa anggaran meletakkan jumlah itu kini hampir mencecah setengah juta orang.

Pakar perunding psikiatri, Dr Ahmad Rostam Zin, berkata bahan psikoaktif baharu jauh lebih kuat daripada nikotin dan boleh menyebabkan kemerosotan fungsi otak dengan cepat.

“Kebergantungan dan toleransi boleh bermula hanya selepas beberapa sedutan kerana kebanyakan bahan psikoaktif baharu ini sangat kuat.

“Dalam kalangan golongan muda yang otaknya masih berkembang, kesannya boleh menjadi lebih serius dan berpanjangan,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata pendedahan berulang boleh menyebabkan komplikasi neurologi, psikosis, gangguan emosi dan kemerosotan fungsi kognitif, manakala penggunaan berpanjangan berpotensi mengakibatkan kerosakan neurokognitif yang kekal.

Walaupun terdapat cadangan supaya syarat pelesenan diperketatkan, ujian produk diperkasakan dan penguatkuasaan dipertingkatkan, pakar kesihatan berpendapat Malaysia perlu melangkah lebih jauh daripada Britain.

Amar berkata pengalaman Britain menunjukkan bahawa produk haram masih boleh terus berada di pasaran walaupun peraturan diperketatkan dan vape pakai buang diharamkan.

Menurutnya, Malaysia masih mempunyai peluang untuk mengelakkan krisis yang sama, namun persoalannya ialah sama ada kebimbangan terhadap kesihatan awam akan mengatasi kepentingan ekonomi industri vape yang semakin berkembang.

Menurut Dewan Perniagaan Vape Malaysia, nilai runcit industri vape mencecah RM3.48 bilion pada 2023, meningkat daripada RM2.27 bilion pada 2019. Bagaimanapun, difahamkan sebahagian besar masih beroperasi dalam pasaran gelap.

Pada Ogos tahun lalu, Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa sebanyak RM288.45 juta hasil cukai telah dikutip daripada peranti rokok elektronik, cecair dan gel, sama ada yang mengandungi nikotin atau tidak, bagi tempoh 2021 hingga Julai 2025.

Amar mengakui industri vape menyumbang kepada ekonomi, namun mempersoalkan sama ada manfaat tersebut berbaloi dengan kos jangka panjang akibat ketagihan dalam kalangan golongan muda.

“Ketika semakin banyak negara bergerak ke arah mengharamkan produk vape, Malaysia perlu membuat keputusan sama ada negara bersedia menanggung peningkatan kos kesihatan dan sosial yang berpunca daripada ketagihan dalam kalangan belia,” katanya.

Market Opportunity
Cardano Logo
Cardano Price(ADA)
$0.1655
$0.1655$0.1655
+2.92%
USD
Cardano (ADA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.