Elia Nadira Sabudin berkata sektor pelancongan mampu wujudkan lebih banyak peluang pekerjaan sekali gus kurangkan penghijrahan belia ke bandar.Elia Nadira Sabudin berkata sektor pelancongan mampu wujudkan lebih banyak peluang pekerjaan sekali gus kurangkan penghijrahan belia ke bandar.

Calon PH mahu bangunkan Tenang menerusi pelancongan, AI

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Elia Nadira SabudinCalon PH bagi DUN Tenang, Elia Nadira Sabudin berkata Tenang mempunyai potensi besar dalam sektor pelancongan namun pembangunan kawasan itu masih ketinggalan.

SEGAMAT: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Tenang, Elia Nadira Sabudin mahu menjadikan kawasan itu sebagai hab pelancongan di utara Johor, selain memperkasa pendidikan STEM, kecerdasan buatan (AI) dan robotik bagi membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada golongan muda.

Beliau yang sedang melanjutkan pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) dalam bidang AI dan robotik berkata, Tenang mempunyai potensi besar dalam sektor pelancongan, namun pembangunan kawasan itu masih ketinggalan berbanding bahagian selatan negeri itu.

Katanya, keadaan itu menyebabkan ramai anak muda terpaksa berhijrah ke luar bagi mencari pekerjaan, meninggalkan ibu bapa yang semakin berusia.

“Kalau kita tengok pembangunan pesat banyak difokuskan ke selatan Johor. Tetapi di bahagian utara ini, kita tidak nampak perkara itu berlaku.

“Rungutan yang saya dengar ialah anak-anak terpaksa keluar mencari pendapatan di tempat lain. Mereka harap ada pembaharuan supaya peluang pekerjaan dapat diwujudkan di Tenang,” katanya kepada FMT.

Elia berkata, dengan latar belakang akademiknya dalam bidang AI dan robotik, beliau mahu memperluaskan pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) kepada pelajar di Tenang supaya anak muda luar bandar mampu bersaing dengan pelajar di bandar.

Beliau juga mahu menggalakkan golongan muda menceburi pertanian moden berasaskan teknologi seperti ‘smart farming’ bagi membolehkan mereka menjana pendapatan tanpa perlu berhijrah.

Elia berkata, beliau merujuk Rancangan Tempatan Daerah Segamat 2030 yang mengenal pasti Tenang sebagai kawasan berpotensi untuk dibangunkan sebagai destinasi pelancongan.

Menurutnya, potensi itu perlu direalisasikan melalui promosi yang lebih agresif kerana sektor pelancongan mampu memberi limpahan ekonomi kepada penduduk.

“Tenang mempunyai keindahan alam semula jadi dan kawasan rekreasi yang sangat baik. Kita hanya perlu manfaatkan kelebihan itu.

“Apabila pelancongan berkembang, ia akan menggerakkan ekonomi desa dan membuka lebih banyak peluang kepada penduduk serta anak muda,” katanya.

Pada PRN Johor kali ini, Elia yang mewakili Amanah di DUN Tenang berdepan cabaran tiga penjuru.

Beliau berdepan Mohd Azahar Ibrahim (BN-Umno), Normala Sudirman (PN-PAS) dan calon Bebas, Siti Aisyah Zobir.

Pada PRN Johor 2022, kerusi DUN Tenang dimenangi BN menerusi Haslinda Salleh dengan majoriti 1,736 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian pada 11 Julai ini, manakala pengundian awal berlangsung pada 7 Julai.

Market Opportunity
Gensyn Logo
Gensyn Price(AI)
$0.02791
$0.02791$0.02791
+0.97%
USD
Gensyn (AI) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs