Penganalisis berkata ketika Petronas memperluas operasinya ke luar negara kestabilan dalam negara akan sama pentingnya dengan peluang di luar.Penganalisis berkata ketika Petronas memperluas operasinya ke luar negara kestabilan dalam negara akan sama pentingnya dengan peluang di luar.

Perjanjian Rusia, Turkmenistan kukuh keselamatan tenaga Malaysia

2026/06/20 19:43
Okuma süresi: 4 dk
Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen crypto.news@mexc.com üzerinden bizimle iletişime geçin.
Anwar Ibrahim and Serdar BerdimuhamedovPerdana Menteri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkmenistan Serdar Berdimuhamedov di Istana Presiden di Ashgabat, Jumaat lalu. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Perkembangan terkini melibatkan Rusia dan Turkmenistan mencerminkan usaha lebih luas Malaysia untuk mengukuhkan keselamatan tenaga serta kedudukan tenaga jangka panjang, kata penganalisis.

Penganalisis tenaga dan geopolitik Global Asia Consulting, Syed Farhan Syed Feizal, berkata dua pengumuman minggu ini perlu dilihat sebagai satu hala tuju strategik yang sama.

Satu daripadanya ialah pengumuman Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang Presiden Rusia Vladimir Putin memberi jaminan kepada Malaysia mengenai bekalan minyak dan gas untuk tempoh 20 tahun akan datang.

Satu lagi melibatkan Petronas yang menandatangani perjanjian di Turkmenistan yang boleh membuka jalan kepada penglibatan lebih besar di sektor minyak dan gas negara Asia Tengah itu, termasuk akses kepada antara rizab gas asli terbesar di dunia.

“Satu membantu menjamin bekalan tenaga. Satu lagi bantu menjamin kekayaan tenaga masa depan,” kata Farhan.

Beliau berkata, kejayaan di Turkmenistan adalah hasil hubungan diplomatik dan komersial yang dibina selama bertahun lamanya.

“Sejak Disember 2024, perdana menteri secara peribadi telah membangkitkan kepada Presiden Serdar Berdimuhamedov mengenai kepentingan memberi peranan lebih besar kepada Petronas dalam industri minyak dan gas Turkmenistan. Jaminan diberikan ketika itu kini diterjemahkan kepada perjanjian rasmi,” katanya.

Katanya, keputusan Turkmenistan mencerminkan keyakinan terhadap keupayaan Petronas selepas hampir tiga dekad beroperasi di negara itu.

“Turkmenistan bukan mencari mana-mana syarikat tenaga. Petronas dipilih kerana rekod prestasi, kepakaran teknikal, dan hampir 30 tahun operasi yang berjaya di sana.

“Tawaran Malaysia juga bukan sekadar pelaburan. Pemindahan teknologi, pembangunan bakat dan kerjasama pendidikan, termasuk melalui Universiti Teknologi Petronas dan Program Kerjasama Teknikal Malaysia, membantu mengukuhkan keyakinan terhadap Malaysia sebagai rakan jangka panjang,” katanya.

Farhan berkata, perjanjian itu memberi Petronas kedudukan di salah satu kawasan pengeluar gas paling penting di dunia.

Menurutnya, perkembangan itu amat signifikan ketika pengeluaran minyak domestik Malaysia terus menurun.

“Turkmenistan memiliki rizab gas asli keempat terbesar di dunia. Peranan lebih besar di sana meletakkan Petronas dalam kedudukan strategik apabila permintaan global terhadap gas terus meningkat.

“Pengeluaran minyak Malaysia sekitar 350,000 tong sehari, berbanding lebih 700,000 tong sehari pada kemuncaknya. Namun, kapasiti penapisan domestik masih memerlukan kira-kira 700,000 tong sehari. Oleh itu, pertumbuhan jangka panjang memerlukan sumber dan peluang baharu di luar negara,” katanya.

Beliau berkata, penglibatan dengan Rusia menangani cabaran berbeza.

“Pengumuman Rusia bukan sekadar mengenai pembelian minyak esok, tetapi lebih kepada memastikan Malaysia mempunyai pilihan pada masa depan. Keselamatan tenaga akhirnya adalah tentang pilihan,” katanya.

Farhan menyatakan, hampir 20% perdagangan minyak global melalui Selat Hormuz, manakala konflik di Eropah dan Timur Tengah terus mewujudkan ketidaktentuan dalam pasaran tenaga.

“Apabila laluan perkapalan terganggu, kos insurans meningkat dan ketegangan geopolitik bertambah, negara yang mempunyai pelbagai pilihan bekalan berada dalam kedudukan lebih kukuh,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua perkembangan itu menunjukkan Malaysia sedang mengikuti strategi dua hala.

“Rusia mengukuhkan keselamatan bekalan. Turkmenistan mengukuhkan pertumbuhan masa depan. Satu adalah untuk memastikan Malaysia mempunyai tenaga yang mencukupi dalam dunia yang semakin tidak menentu. Satu lagi memastikan Petronas terus mencari sumber pertumbuhan baharu apabila medan minyak dan gas domestik semakin matang,” katanya.

Bagaimanapun, Farhan berkata cabaran seterusnya ialah pelaksanaan.

“Menang peluang di luar negara adalah satu perkara. Untuk memanfaatkan nilai sepenuhnya memerlukan Petronas kekal kukuh, stabil dan berdaya saing di dalam negara.

“Ketika Malaysia mengejar aspirasi lebih besar di luar negara, menjadi lebih penting untuk isu tenaga domestik diselesaikan dengan cara yang mengekalkan keyakinan pelabur, kepastian operasi, dan keupayaan Petronas untuk bersaing di peringkat global,” katanya.

Beliau berkata, kelebihan Malaysia sejak dahulu adalah memiliki syarikat tenaga nasional yang berupaya bersaing di peringkat antarabangsa dengan skala, kedudukan kewangan dan kredibiliti kukuh.

“Kekuatan itu menjadi lebih penting apabila Petronas berkembang ke luar negara. Peluang itu ada. Fasa seterusnya bergantung kepada pelaksanaan,” katanya.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen crypto.news@mexc.com ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel