Dewan Rakyat meluluskan RUU Jenayah Siber 2026 selepas perbahasan panjang melibatkan 48 Ahli Parlimen.Dewan Rakyat meluluskan RUU Jenayah Siber 2026 selepas perbahasan panjang melibatkan 48 Ahli Parlimen.

RUU Jenayah Siber 2026 perubahan besar dalam perang jenayah siber

Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen crypto.news@mexc.com üzerinden bizimle iletişime geçin.
zahid hamidiTimbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi bentang RUU Jenayah Siber 2026 untuk bacaan pertama di Dewan Rakyat pada 22 Jun. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: RUU Jenayah Siber 2026, yang disifatkan sebagai ‘game changer’ (perubahan besar) oleh Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini.

RUU tersebut untuk menggantikan Akta Jenayah Komputer 1997, dengan peruntukan yang lebih luas merangkumi jenayah dalam talian, penipuan digital, kecurian identiti, kandungan yang dimanipulasi, dan salah guna pengenalan digital.

RUU ini juga memberi kuasa kepada pihak berkuasa mendapatkan data trafik internet dan kandungan komunikasi daripada penyedia perkhidmatan semasa siasatan.

RUU tersebut diluluskan melalui undian suara selepas perbahasan panjang melibatkan 48 Ahli Parlimen, dengan majoriti menyuarakan kebimbangan mengenai kuasa luas yang diberikan kepada pegawai penyiasat untuk mengakses data digital, serta potensi implikasi ke atas privasi dan kebebasan bersuara.

Zahid, yang membentangkan RUU itu untuk bacaan kali pertama pada 22 Jun, mengambil maklum kebimbangan para wakil rakyat, dan memberi jaminan langkah-langkah akan diwujudkan bagi mencegah salah guna kuasa.

“Kerajaan ingin memberi jaminan bahawa tiada satu pun kuasa yang diperuntukkan di bawah RUU ini bersifat mutlak dan tanpa kawalan,” katanya di Dewan Rakyat.

“Sebaliknya, setiap kuasa, khususnya mengenai penyiasatan, insya-Allah akan disertakan dengan mekanisme semak dan imbang yang cukup jelas serta tertakluk kepada prosedur perundangan yang ketat, sebagaimana yang sedang berjalan dan akan kita lakukan pengetatannya di dalam pelaksanaan RUU ini.”

Berhubung kuasa mengakses sistem komputer dan data komputer, Zahid menjelaskan kuasa itu tidak boleh dilaksanakan secara sewenang-wenang, kerana pegawai penyiasat perlu mematuhi tatacara yang ditetapkan oleh sistem perundangan.

Berhubung kuasa pemeliharaan data pula, Zahid berkata notis pemeliharaan data hanya boleh dikeluarkan sekiranya pegawai penyiasat berpuas hati bahawa data tersebut munasabah dan diperlukan bagi tujuan penyiasatan, dan terdapat risiko data tersebut akan dipadam, diubah, atau dimusnahkan sekiranya tindakan tidak diambil.

“Perlu saya tegaskan bahawa kuasa ini bukanlah kuasa mutlak untuk mengakses keseluruhan sistem atau semua maklumat seseorang. Skop adalah terhad kepada data yang dinyatakan secara khusus dalam notis yang dikeluarkan,” katanya.

Mengenai penzahiran data komputer, Zahid menegaskan ia hanya boleh dilaksanakan melalui notis bertulis kepada pihak yang mempunyai milikan atau kawalan ke atas data tersebut, dan tertakluk kepada keperluan penyiasatan yang sah.

“Sebarang data yang tertakluk kepada perlindungan undang-undang lain akan terus menikmati perlindungan tersebut,” katanya.

Menjawab kebimbangan mengenai kebebasan bersuara, Zahid beri jaminan RUU ini bukan untuk mengawal perbedaan pendapat kerana ia tidak akan menyekat, dan tertumpu kepada aspek keselamatan dan aspek jenayah siber.

Sementara itu, Zahid menerangkan RUU ini memperuntukkan kesalahan-kesalahan khusus secara jelas bagi memperkukuhkan perlindungan untuk rakyat terutama mangsa, wanita, kanak-kanak, dan warga emas.

Berhubung penurunan kandungan yang menyalahi undang-undang, Zahid berkata kerajaan akan memperkukuhkan kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, penyedia platform digital, dan rakan antarabangsa bagi memastikan kandungan berkenaan ditangani dengan lebih cepat dan berkesan.

Zahid berharap RUU ini membawa perubahan besar bagi memastikan sistem perundangan seiring perkembangan teknologi dan memperkukuhkan keupayaan penguatkuasaan, “serta melindungi rakyat daripada ancaman jenayah siber yang semakin kompleks”.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen crypto.news@mexc.com ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.