Menteri pengangkutan berkata surat hasrat untuk projek itu dikeluarkan dua tahun selepas ia dicadangkan.Menteri pengangkutan berkata surat hasrat untuk projek itu dikeluarkan dua tahun selepas ia dicadangkan.

Kerajaan sedia percepat, tampung sebahagian projek ART Johor

Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen crypto.news@mexc.com üzerinden bizimle iletişime geçin.
Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata kementerian sedia menggunakan perbelanjaan pembangunan untuk menampung sebahagian kos projek tersebut. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Kerajaan persekutuan sedia mempercepatkan pelaksanaan projek Autonomous Rapid Transit (ART) bertingkat di Johor Bahru serta menanggung sebahagian daripada kos pembinaannya, kata Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook.

Loke berkata kerajaan mahu projek itu disegerakan walaupun ia dijangka mengambil masa beberapa tahun untuk disiapkan.

Katanya, sementara menunggu projek itu siap, beberapa langkah mitigasi dibuat bagi mengurangkan kesesakan trafik di Johor Bahru, termasuk memperkukuh sistem pengangkutan awam sedia ada.

“Tetapi kita mempunyai komitmen bahawa projek ini mesti dijalankan secepat mungkin. Projek ini hanya dicadangkan pada Mei 2024 dan sekarang ini Julai, baru dua tahun sudah ada ‘letter of intent’ (surat hasrat projek).

“Tiada satu pun projek sebesar ini (ambil masa dua tahun). Pulau Pinang ambil masa 30 tahun untuk realisasikan projek LRT yang dicadangkan pada 1995,” kata Loke di Dewan Rakyat.

Beliau berkata, sebahagian syarikat yang menyertai peringkat permintaan cadangan (request for proposal) didapati kurang berdaya saing, menyebabkan Putrajaya perlu menanggung sebahagian kos projek tersebut.

“Kementerian pengangkutan bersedia menyatakan bahawa sekurang-kurangnya sebahagiannya (projek ini) menggunakan perbelanjaan pembangunan kementerian.”

Loke menjawab soalan Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) yang bertanya sama ada Putrajaya bersedia mempercepatkan projek tersebut dan memperuntukkan dana daripada perbelanjaan pembangunan Kementerian Pengangkutan, sebagaimana yang dilakukan bagi projek LRT Mutiara di Pulau Pinang.

Loke turut menolak dakwaan bahawa Pulau Pinang dan Johor menerima layanan berbeza daripada kerajaan persekutuan dari segi pembiayaan projek infrastruktur utama.

Wee, yang juga bekas menteri pengangkutan, berkata Pulau Pinang menerima pembiayaan persekutuan sebanyak RM16.8 bilion bagi projek LRT negeri itu dan berhujah bahawa Johor, sebagai pintu masuk selatan negara, juga wajar diperuntukkan RM10 bilion bagi projek ART bertingkatnya.

Bagaimanapun, Loke berkata 70% daripada perbelanjaan pembangunan Kementerian Pengangkutan telah dibelanjakan bagi projek-projek di Johor.

Katanya, RM10 bilion diperuntukkan bagi Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru, manakala RM6.1 bilion lagi diperuntukkan bagi Rapid Transit System (RTS) Link yang menghubungkan Johor dengan Singapura.

Piyasa Fırsatı
LiveArt Logosu
LiveArt Fiyatı(ART)
$0.0002902
$0.0002902$0.0002902
+1.15%
USD
LiveArt (ART) Canlı Fiyat Grafiği

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen crypto.news@mexc.com ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.