Persatuan pendidikan Cina itu mahu parti dan calon bertanding beri komitmen jelas untuk pertahan sistem sekolah vernakular.Persatuan pendidikan Cina itu mahu parti dan calon bertanding beri komitmen jelas untuk pertahan sistem sekolah vernakular.

Dong Jiao Zong gesa calon PRN nyata pendirian isu sekolah vernakular

Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen crypto.news@mexc.com üzerinden bizimle iletişime geçin.
sjkc studentDong Jiao Zong berkata dua PRN itu penting dalam membentuk landskap politik serta masa depan sistem pendidikan pelbagai aliran di negara ini. (Gambar Bernama) 

PETALING JAYA: Dua persatuan utama pendidikan Cina menggesa calon dalam PRN Johor dan Negeri Sembilan menyatakan pendirian mereka mengenai isu sekolah vernakular di negara ini.

Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong) dan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Jiao Zong) menyeru parti dan calon yang bertanding supaya memberi komitmen jelas untuk mempertahankan sistem sekolah vernakular, khususnya ketika melancarkan manifesto masing-masing.

Dua persatuan itu yang dikenali sebagai Dong Jiao Zong berkata PRN itu penting dalam membentuk landskap politik serta masa depan sistem pendidikan pelbagai aliran di negara ini.

Mereka berkata hanya calon yang memberi komitmen jelas untuk melindungi kepelbagaian sistem pendidikan di Malaysia wajar mendapat sokongan pengundi, lapor Sin Chew.

Persatuan itu juga menggesa pengundi yang kecewa dengan politik supaya tidak memboikot pilihan raya, sebaliknya menunaikan tanggungjawab mereka untuk mengundi.

“Pengundi di Johor dan Negeri Sembilan tidak sepatutnya mensia-siakan undi mereka kerana tidak berpuas hati dengan status quo.

“Sebaliknya, mereka perlu melaksanakan tanggungjawab sivik dengan menggunakan undi untuk mempertahankan pendidikan vernakular dan warisan kepelbagaian budaya Malaysia,” kata persatuan itu yang dipetik sebagai berkata.

Persatuan itu turut menggesa calon yang bertanding mengetepikan retorik politik sempit dan berasaskan kaum, serta memberi tumpuan kepada dasar yang praktikal dan memberi manfaat kepada rakyat.

Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), iaitu peperiksaan akhir di sekolah menengah persendirian Cina, masih menjadi isu hangat dengan kumpulan berkepentingan Cina terus mendesak ia secara rasmi diiktiraf kerajaan.

Walaupun kerajaan telah mengumumkan laluan kemasukan baharu untuk graduan UEC ke institusi pengajian tinggi awam pada Mei, Kementerian Pengajian Tinggi menyatakan ia tidak bermaksud pengiktirafan rasmi UEC.

Kajian kebolehlaksanaan pengiktirafan UEC yang dijalankan antara 2018 hingga 2020 dijangka akan diserahkan kepada Menteri Pengajian Tinggi Zambry Abdul Kadir menjelang akhir Julai.

Piyasa Fırsatı
Particle Network Logosu
Particle Network Fiyatı(PARTI)
$0,04501
$0,04501$0,04501
+0,98%
USD
Particle Network (PARTI) Canlı Fiyat Grafiği

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen crypto.news@mexc.com ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.