Tetapi, anak bekas perdana menteri itu mengakui pengampunan diraja adalah kuasa Agong.Tetapi, anak bekas perdana menteri itu mengakui pengampunan diraja adalah kuasa Agong.

Kemenangan besar BN di Johor isyarat rakyat mahu Najib diampunkan, kata Nazifuddin

Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen crypto.news@mexc.com üzerinden bizimle iletişime geçin.
Mohd Nazifuddin Mohd Najib Barisan Nasional KluangNazifuddin Najib mahu melihat BN menang besar pada PRN Johor.

KLUANG: Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada PRN Johor akan memberi isyarat rakyat terus menyokong bekas perdana menteri, Najib Razak dan berharap beliau menerima pengampunan diraja, kata anaknya, Nazifuddin.

Ketua Umno Langkawi itu mengulas naratif kemenangan besar BN di Johor akan membawa kepada pembebasan Najib.

“Kalau BN menang besar, ia menjadi isyarat bukan sahaja rakyat Johor menyokong BN dan kepimpinan negeri, tetapi mereka juga masih sayangkan ‘Bossku’ dan mengharapkan beliau dapat bersama semula dengan rakyat.

“Kalau ada yang nak letak jawatan, lebih baik letak jawatan sekarang, tak payah tunggu kita menang,” katanya dalam program Bual Bicara Santai di PDM Kampung Melayu II, malam tadi.

Bagaimanapun, Nazifuddin mengakui kemenangan BN pada PRN tidak bermakna Najib akan dibebaskan secara automatik.

“Kita bukan memilih perdana menteri. Apa yang kita mahu ialah BN menang besar.

“Kalau BN menang besar, apa salahnya kalau Bossku diampunkan dan dibebaskan? (Tetapi) Itu hak Yang di-Pertuan Agong.”

Selasa lalu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dilaporkan berkata, beliau akan menjadi individu pertama meletak jawatan dalam Jemaah Menteri, sekiranya Najib dibebaskan dari penjara, selain tidak menolak kemungkinan DAP meninggalkan kerajaan perpaduan.

Najib, 72, sedang menjalani hukuman penjara enam tahun dalam kes SRC International Sdn Bhd, selepas hukuman penjara asal 12 tahun dikurangkan kepada enam tahun dan denda RM210 juta dikurangkan kepada RM50 juta.

Bekas ahli Parlimen Pekan itu dijadualkan tamat hukuman penjaranya pada 23 Ogos 2028.

Najib turut disabitkan bersalah atas pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB, di mana Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun. Beliau telah memfailkan rayuan terhadap sabitan itu.

Piyasa Fırsatı
Katana Inu Logosu
Katana Inu Fiyatı(KATA)
$0.00002765
$0.00002765$0.00002765
-0.89%
USD
Katana Inu (KATA) Canlı Fiyat Grafiği

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen crypto.news@mexc.com ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.