Pakar tenaga dan ahli ekonomi berpendapat negara perlu perkukuh aspek keselamatan, tadbir urus dan memanfaatkan sumber tenaga alternatif terlebih dahulu.Pakar tenaga dan ahli ekonomi berpendapat negara perlu perkukuh aspek keselamatan, tadbir urus dan memanfaatkan sumber tenaga alternatif terlebih dahulu.

Loji nuklear: Pakar kata tak perlu tergesa, ‘kita bukan bina taman permainan’

Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen crypto.news@mexc.com üzerinden bizimle iletişime geçin.
Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia berkata pembinaan loji nuklear melibatkan teknologi berisiko tinggi yang memerlukan perancangan rapi serta proses pelaksanaan telus. (Gambar Magnific)

PETALING JAYA: Pakar tenaga dan ahli ekonomi berpandangan Malaysia tidak perlu tergesa-gesa membina loji nuklear walaupun perancangan jangka panjang wajar dimulakan sekarang.

Sebaliknya, mereka berpendapat negara perlu memperkukuh aspek keselamatan, tadbir urus dan memanfaatkan sumber tenaga alternatif terlebih dahulu.

S Piarapakaran.

Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (Awer), S Piarapakaran, berkata pembinaan loji nuklear melibatkan teknologi berisiko tinggi yang memerlukan perancangan rapi serta proses pelaksanaan telus.

“Kita bukan bina taman permainan kanak-kanak, tetapi teknologi pengekstrakan tenaga yang jika berlaku kesilapan boleh mengakibatkan malapetaka besar.

“Sebab itu, setiap proses perlu diteliti dan dilaksanakan mengikut piawaian Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), selain memastikan Organisasi Pelaksana Program Tenaga Nuklear (NEPIO) menyelaras dasar, aspek keselamatan, perundangan dan kesiapsiagaan negara sebelum teknologi itu dilaksanakan,” katanya kepada FMT.

Pada sidang Dewan Rakyat 29 Jun lalu, Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, menggesa kerajaan mempercepatkan pelan pembangunan stesen jana kuasa nuklear pertama negara sebagai langkah berani bagi menjamin kedaulatan tenaga jangka panjang.

Katanya, projek itu tidak boleh ditangguh lagi kerana pembinaan stesen jana kuasa nuklear lazimnya memakan masa sehingga belasan tahun, sambil memberi amaran kelewatan membuat keputusan hanya akan menyebabkan negara terus berdepan risiko krisis ekonomi pada masa hadapan.

Piarapakaran berkata, walaupun nuklear sering dipromosikan sebagai sumber tenaga rendah karbon, ia tetap membawa risiko besar jika berlaku kebocoran radioaktif atau kegagalan sistem keselamatan.

Barjoyai BardaiBarjoyai Bardai.

Sementara itu, ahli ekonomi Barjoyai Bardai dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia berkata, pembinaan loji nuklear tidak perlu menjadi keutamaan ketika negara masih mempunyai pilihan sumber tenaga lain lebih sesuai.

Katanya, Malaysia masih mempunyai beberapa peluang yang boleh dimanfaatkan terlebih dahulu sebelum membuat komitmen kewangan yang amat besar kepada tenaga nuklear.

“Pada hemat saya, perbahasan ini tidak seharusnya dilihat sebagai ‘solar atau nuklear’ tapi yang lebih tepat ialah ‘solar dahulu, nuklear kemudian jika diperlukan’,” katanya.

Mohd Nazari IsmailNazari Ismail.

Nazari Ismail dari Universiti Malaya pula berpandangan, walaupun tenaga nuklear mampu menyediakan bekalan elektrik bersih dan stabil, keadaan kewangan negara ketika ini tidak sesuai untuk projek berimpak besar itu.

Katanya, kos pembinaan tinggi, tempoh pembinaan sehingga 10 tahun serta beban hutang kerajaan menyebabkan Malaysia lebih wajar mengutamakan tenaga hidro dan solar yang memerlukan pelaburan awal lebih rendah.

Pada 6 Ogos lalu, Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof dilaporkan berkata kerajaan mengambil pendekatan berperingkat dan dijangka memuktamadkan rancangan penggunaan tenaga nuklear selepas 2030.

Menteri peralihan tenaga dan transformasi air itu berkata, ini bagi memastikan aspek keselamatan, kesejahteraan sosial, dan alam sekitar dapat dipenuhi sebelum dilaksana.

Kerajaan mempertimbangkan tenaga nuklear sebagai satu daripada sumber tenaga bersih yang berdaya saing dan selamat dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Piyasa Fırsatı
Katana Inu Logosu
Katana Inu Fiyatı(KATA)
$0.00002873
$0.00002873$0.00002873
-1.71%
USD
Katana Inu (KATA) Canlı Fiyat Grafiği

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen crypto.news@mexc.com ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.