Bekas Ahli Parlimen DAP itu berkata BN boleh menang 53 daripada 56 kerusi dengan PH hanya meraih tiga kerusi.Bekas Ahli Parlimen DAP itu berkata BN boleh menang 53 daripada 56 kerusi dengan PH hanya meraih tiga kerusi.

Peluang BN menang besar di Johor meningkat, kata Kian Ming

Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen crypto.news@mexc.com üzerinden bizimle iletişime geçin.
Ong Kian MingBekas Ahli Parlimen Bangi MP Ong Kian Ming berkata PH tidak mempunyai naratif kempen yang jelas, calon menteri besar dan tiada pemimpin senior yang bertanding.

PETALING JAYA: Peluang Barisan Nasional untuk menang besar dalam PRN Johor semakin meningkat, dengan gabungan yang diterajui Umno itu berpotensi memenangi lebih banyak kerusi berbanding PRN sebelum ini, kata bekas Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming.

Ahli DAP itu berkata BN boleh meraih sehingga 53 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan pada 11 Julai ini, iaitu pertambahan 13 kerusi berbanding 40 kerusi yang dimenangi pada PRN 2022.

Beliau berkata Pakatan Harapan (PH) dijangka hanya memenangi baki tiga kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) berkemungkinan tewas di semua tempat.

Ong berkata ramalan itu dibuat berdasarkan perkongsian undi antara BN, PH dan PN dalam PRU15, apabila PH memenangi 13 daripada 25 kerusi Parlimen.

“Berdasarkan keputusan PRU15, PH sepatutnya memenangi 31 kerusi negeri dengan 43% undi popular berbanding hanya 13 kerusi (termasuk satu dimenangi Muda melalui pakatan dengan PH) dalam PRN 2022,” katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun, beliau berkata sokongan pengundi Cina dan India terhadap PH berada pada tahap tertinggi ketika PRU15 dan dijangka berkurangan pada PRN kali ini.

Ong berkata PH dilihat masih tidak mempunyai naratif kempen yang jelas selepas seminggu berkempen, selain menyerang calon ‘poster boy’ BN iaitu Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi.

Katanya, PH masih belum menamakan calon menteri besar, manakala ramai pemimpin kanan negeri tidak bertanding, sekali gus mewujudkan kekosongan kepimpinan dalam membentuk naratif kempen.

“PH hanya mengumumkan manifesto hari ini, manakala BN melancarkan manifesto sehari selepas penamaan calon.

“Tidak cukup masa untuk manifesto PH difahami oleh calon sendiri, apatah lagi pengundi di Johor,” katanya.

Ong yang juga profesor adjung di Universiti Taylor’s berkata PN dijangka tidak menunjukkan prestasi baik, terutama selepas hubungan antara PAS dan Bersatu yang semakin buruk.

Bekas ahli strategi pilihan raya DAP itu berkata kemenangan besar BN di Johor boleh memberi kesan kepada PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos ini, malah berpotensi mempercepatkan pembubaran Parlimen bagi membuka laluan kepada PRU16.

BN dan PH bertanding di semua 56 kerusi DUN Johor, manakala PN bertanding di 33 kerusi. PAS yang hanya bertanding 11 kerusi turut menggesa penyokongnya mengundi calon BN di kawasan yang tidak ditandingi PN.

Parti Bersama Malaysia pimpinan Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad bertanding di 15 kerusi, manakala Muda bertanding di empat kerusi.

Pada PRN 2022, BN menang 40 kerusi, diikuti PH (12), PN (tiga) dan Muda (satu).

Piyasa Fırsatı
Katana Inu Logosu
Katana Inu Fiyatı(KATA)
$0.00002857
$0.00002857$0.00002857
-2.25%
USD
Katana Inu (KATA) Canlı Fiyat Grafiği

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen crypto.news@mexc.com ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.