Lebih 100 tahanan di Penjara Taiping diserang kira-kira 60 warden ketika proses pemindahan pada Januari 2025, dengan seorang tahanan maut dalam insiden itu.Lebih 100 tahanan di Penjara Taiping diserang kira-kira 60 warden ketika proses pemindahan pada Januari 2025, dengan seorang tahanan maut dalam insiden itu.

5 warden mengaku tak salah cederakan banduan dalam rusuhan Penjara Taiping

Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen crypto.news@mexc.com üzerinden bizimle iletişime geçin.
Mahkamah Majistret Taiping membenarkan dua warden penjara diikat jamin RM4,000 dengan dua penjamin, seorang dibenarkan jaminan RM3,000 dan baki dua lagi diikat jamin RM2,000 setiap seorang. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Lima warden penjara mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Taiping atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap tiga banduan dalam rusuhan di Penjara Taiping pada Januari 2025.

Hairie Jumri, 40, Saiful Azman Mohamad Ibrahim, 44, dan Ahmad Rizal Razali, 37, yang juga inspektor serta sarjan penjara, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di depan Majistret R Prabakaran.

Sinar Harian melaporkan Muhamad Mustakhim Abdul Rahim, 40, dan Nor Hafiz Izwan Muhammad Jajam, 31, membuat pengakuan selepas pertuduhan dibacakan bersama di depan Majistret Ahmad Hamdi Mustafar.

Hairie dan Saiful didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan cota terhadap P Jason Immanuel, 25, di Dewan B Penjara Taiping antara 3 hingga 4 petang pada 17 Jan 2025.

Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Rizal yang kini bertugas di Pusat Koreksional Kamunting pula didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas V Naveen Kumar, 32, pada masa, tarikh dan tempat sama. Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farihah Adilah Fazial, manakala semua tertuduh diwakili peguam Aqmarul Aqil Ismail.

Mahkamah membenarkan Hairie dan Saiful masing-masing diikat jamin RM4,000 dengan dua penjamin serta perlu melaporkan diri di balai polis setiap bulan, sementara Rizal dibenarkan diikat jamin RM3,000.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 7 Sept ini.

Dalam prosiding berasingan, Mustakhim dan Hafiz didakwa bersama-sama menyebabkan kecederaan terhadap G Yugarajan, 30, di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama pada masa, tarikh dan tempat sama.

Timbalan Pendakwa Raya, Nazura Azman menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap tertuduh, tetapi mahkamah membenarkan mereka diikat jamin RM2,000 setiap seorang dengan seorang penjamin, selepas mengambil kira rayuan pihak pembelaan.

Mustakhim yang diwakili peguam Amirul Fairuzzeen Jamaluddin dan Hafiz diwakili Aqmarul Aqil dalam rayuan berkata, tertuduh memberi kerjasama penuh sepanjang siasatan pihak berkuasa, termasuk Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Sebutan semula kes bagi serahan dokumen ditetapkan pada 8 Sept ini.

Lebih 100 tahanan di Penjara Taiping diserang kira-kira 60 warden ketika proses pemindahan dari Dewan B ke Blok E pada Januari 2025. Seorang tahanan, Gan Chin Eng, maut dalam insiden itu.

Dalam inkuiri awam Suhakam, peguam persekutuan Jabatan Penjara mengakui pegawai penjara bersalah kerana melanggar hak asasi tahanan.

Pengerusi Suhakam, Hishamudin Yunus dilaporkan berkata, siasatan jenayah perlu dimulakan terhadap pegawai lain yang turut terbabit dalam insiden itu, walaupun seorang warden dituduh di Mahkamah Majistret Taiping pada 19 Dis lalu mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan atas kesalahan mematikan orang dengan salah yang tidak terjumlah kepada membunuh.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen crypto.news@mexc.com ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.

Ayrıca Şunları da Beğenebilirsiniz

Preserving the dying art of Burdang Taal, one thread at a time

Preserving the dying art of Burdang Taal, one thread at a time

In Taal, Batangas, a community of women works together to keep an old embroidery tradition alive
Paylaş
Rappler2026/07/04 08:00
Cango Inc. Completes $65M Investment and Secures $10M Convertible Note Financing

Cango Inc. Completes $65M Investment and Secures $10M Convertible Note Financing

The post Cango Inc. Completes $65M Investment and Secures $10M Convertible Note Financing appeared on BitcoinEthereumNews.com. DALLAS, April 2, 2026 /PRNewswire
Paylaş
BitcoinEthereumNews2026/04/02 18:21
Adoption Leads Traders to Snorter Token

Adoption Leads Traders to Snorter Token

The post Adoption Leads Traders to Snorter Token appeared on BitcoinEthereumNews.com. Largest Bank in Spain Launches Crypto Service: Adoption Leads Traders to Snorter Token Sign Up for Our Newsletter! For updates and exclusive offers enter your email. Leah is a British journalist with a BA in Journalism, Media, and Communications and nearly a decade of content writing experience. Over the last four years, her focus has primarily been on Web3 technologies, driven by her genuine enthusiasm for decentralization and the latest technological advancements. She has contributed to leading crypto and NFT publications – Cointelegraph, Coinbound, Crypto News, NFT Plazas, Bitcolumnist, Techreport, and NFT Lately – which has elevated her to a senior role in crypto journalism. Whether crafting breaking news or in-depth reviews, she strives to engage her readers with the latest insights and information. Her articles often span the hottest cryptos, exchanges, and evolving regulations. As part of her ploy to attract crypto newbies into Web3, she explains even the most complex topics in an easily understandable and engaging way. Further underscoring her dynamic journalism background, she has written for various sectors, including software testing (TEST Magazine), travel (Travel Off Path), and music (Mixmag). When she’s not deep into a crypto rabbit hole, she’s probably island-hopping (with the Galapagos and Hainan being her go-to’s). Or perhaps sketching chalk pencil drawings while listening to the Pixies, her all-time favorite band. This website uses cookies. By continuing to use this website you are giving consent to cookies being used. Visit our Privacy Center or Cookie Policy. I Agree Source: https://bitcoinist.com/banco-santander-and-snorter-token-crypto-services/
Paylaş
BitcoinEthereumNews2025/09/17 23:45