Penasihat perhimpunan, Zulkarnain Mahdar, kata Bangkit Sabahan 2.0 akan patuhi semua syarat pihak berkuasa.
PETALING JAYA: Penganjur perhimpunan Bangkit Sabahan 2.0 beri jaminan kepada orang ramai bahawa perhimpunan selama dua hari di Dataran Deasoka di Kota Kinabalu, Sabah, pada hujung minggu ini akan berlangsung secara aman dan mematuhi sepenuhnya peraturan polis.
Penasihat perhimpunan, Zulkarnain Mahdar, berkata pihak penganjur “beri jaminan bahawa semua syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa akan dipatuhi sepenuhnya”.
Beliau berharap agar para peserta dapat memberikan kerjasama kepada polis serta mematuhi semua peraturan dan mengelakkan sebarang tindakan provokasi, lapor Borneo Post.
Zulkarnain berkata kira-kira 1,000 peserta dijangka menghadiri perhimpunan tersebut bagi menyatakan sokongan kepada Ketua Menteri Hajiji Noor, dan mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia agar membuka semula siasatan terhadap dakwaan rasuah yang melibatkan Presiden Warisan, Shafie Apdal.
