Dasar ini boleh membetulkan sistem lama termasuk agihan susbisi, asalkan semua pihak sedia lancarkan proses.Dasar ini boleh membetulkan sistem lama termasuk agihan susbisi, asalkan semua pihak sedia lancarkan proses.

BUDI Diesel serampang 2 mata betulkan sistem

Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen crypto.news@mexc.com üzerinden bizimle iletişime geçin.

BUDI Diesel wajar dilihat sebagai serampang dua mata dalam menangani isu agihan subsidi diesel negara.

Di satu sisi, ia bertujuan memastikan subsidi sampai kepada pengguna sebenar dan menutup ruang ketirisan yang sekian lama merugikan negara.

Dalam konteks krisis rantaian bekalan global, terutama ketegangan di Asia Barat yang mengehadkan bekalan fizikal bahan api dan menyebabkan harga minyak dunia tidak menentu, penutupan ketirisan subsidi diesel menjadi lebih mendesak bagi memastikan perbelanjaan berbilion ringgit kerajaan benar-benar sampai kepada rakyat dan sektor yang layak.

Di sisi lain, ia memberi peluang kepada kerajaan membantu rakyat, terutama di pedalaman, membetulkan rekod pemilikan kenderaan, menyusun semula penggunaan diesel, dan membawa operasi kecil yang selama ini berada dalam ruang kelabu ke saluran lebih sah dan selamat.

Namun, untuk dasar ini diterima, aduan rakyat termasuk dari Sabah dan Sarawak perlu didengar. Tumpuan itu perlu memandangkan dua wilayah berkenaan bakal menyaksikan perubahan ketara.

Jika sebelum ini pengguna di sana boleh membeli diesel bersubsidi tanpa kuota khusus, selepas 1 Julai mereka tertakluk kepada kuota antara 200 hingga 300 liter sebulan, mengikut kelayakan.

Sebab itu hujah pelaksanaan BUDI Diesel perlu mengambil kira realiti sosioekonomi Sabah dan Sarawak tidak wajar diketepikan.

Memang benar, keadaan di dua wilayah itu tidak sama seperti di kebanyakan kawasan bandar di Semenanjung.

Jarak perjalanan jauh. Jalan ladang, jalan kampung dan jalan pedalaman tidak semuanya baik. Pengangkutan awam pula terhad. Di banyak tempat, kenderaan diesel seperti pacuan empat roda, pikap, lori kecil, bot sungai dan genset menjadi sebahagian keperluan harian.

Kebimbangan itu ada asas.

Namun, jawapannya juga tidak semestinya dengan menolak BUDI Diesel atau kembali kepada subsidi pukal seperti dahulu.

Subsidi pukal mungkin mudah dilaksanakan, tetapi ia juga membuka ruang kepada ketirisan, penyeludupan dan penggunaan oleh pihak tidak layak. Apabila wang negara bocor dan bekalan terhad disalah guna, rakyat biasa akhirnya menanggung kesannya.

Di sinilah naratif BUDI Diesel perlu diperjelas.

Kuota 200 liter ialah asas, bukan jawapan muktamad kepada semua keadaan. Bagi pemilik pikap dan jip yang layak, tambahan sehingga 300 liter sebulan disediakan. Jika masih ada pengguna sebenar yang terjejas, terutama di kawasan pedalaman, mekanisme rayuan mesti dipermudah.

Cadangan supaya kerajaan mewujudkan saluran rayuan khas yang cepat, telus dan mesra rakyat wajar dipertimbangkan.

Tetapi pada masa sama, rayuan itu perlu ada semakan yang boleh diaudit. Pengesahan oleh ketua kampung, JKKK, pegawai daerah atau pihak berkuasa tempatan boleh membantu, tetapi tidak boleh menjadi satu-satunya asas kelayakan tanpa rekod sokongan.

Ini kerana subsidi diesel melibatkan wang awam. Jika proses terlalu longgar, ruang salah guna yang mahu ditutup akan terbuka semula.

Isu pemilikan kenderaan juga perlu dilihat secara praktikal.

Memang ada kenderaan berdaftar atas nama anak yang bekerja di luar negeri, tetapi digunakan ibu bapa di kampung. Ada juga kenderaan atas nama bapa, tetapi digunakan anak untuk mengangkut hasil kebun. Dalam keluarga luar bandar, penggunaan kenderaan sering dikongsi.

Maka mekanisme pemindahan kelayakan subsidi kepada ahli keluarga terdekat adalah langkah tepat. Ia menjawab sebahagian besar kebimbangan bahawa pengguna sebenar bukan semestinya pemilik berdaftar.

Pengecualian fi tukar hak milik kenderaan diesel selama tiga bulan juga bukan perkara kecil. Ia memberi ruang kepada rakyat membetulkan rekod pemilikan tanpa menambah beban kos. Pembukaan kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada hujung minggu pula membantu mereka yang sukar meninggalkan kerja pada hari biasa.

Dalam hal ini, kerajaan bukan sekadar menetapkan syarat, tetapi menyediakan laluan untuk rakyat ikut prosedur.

Namun, isu ‘kereta sambung bayar’ atau ‘sambung CCM’ lebih rumit.

Kerajaan tidak boleh menormalisasikan amalan itu kerana risikonya besar. Ia boleh menjejaskan pembeli, pemilik asal, bank dan insurans. Jika berlaku kemalangan, tunggakan, pertikaian atau tuntutan insurans, pihak paling lemah biasanya paling terdedah.

Tetapi ia juga tidak patut terus melihat semua pengguna sebagai mahu menipu sistem.

Di Sabah dan Sarawak terutama di pedalaman, ada yang memilih sambung bayar kerana tidak layak mendapat pinjaman bank, tiada slip gaji tetap, bekerja sendiri, atau tiada pilihan lain untuk memiliki kenderaan bagi mencari rezeki.

Jalan keluarnya bukan membiarkan amalan itu berterusan, tetapi membantu pengguna sebenar keluar daripada ruang kelabu. Kerajaan, JPJ, institusi kewangan, syarikat insurans dan sektor swasta perlu mencari kaedah lebih praktikal supaya rakyat berpendapatan rendah boleh memiliki atau menggunakan kenderaan secara sah dan selamat.

Bagi mereka yang menggunakan diesel untuk kerja seperti mengangkut sayur, buah, hasil kebun, ikan, ternakan atau barang kampung, kerajaan juga perlu menjelaskan laluan seperti SKDS dengan lebih agresif.

Ramai pemandu kecil di Sabah dan Sarawak mungkin tidak melihat diri mereka sebagai pengusaha komersial. Contohnya, ada yang hanya membawa sayur-sayuran dari Kundasang untuk dibawa ke Kota Kinabalu atau ke pasar tamu berhampiran.

Tetapi fungsi mereka penting. Jika mereka terkesan, petani kecil, peniaga kecil dan penduduk kampung turut terkesan.

Maka penyelesaiannya bukan semata-mata menambah kuota individu, tetapi membantu mereka menyemak kelayakan SKDS, mendaftar operasi yang sesuai, dan mendapatkan akses kepada fleet card jika memenuhi syarat.

Teruskan permudah urusan mereka. Anjur sesi libat urus dengan golongan yang benar-benar supaya dapat mendengar keperluan yang sebenarnya.

Mekanisme perundingan tetap antara kerajaan persekutuan dengan Sabah dan Sarawak juga perlu bagi dasar nasional yang memberi kesan langsung kepada kos sara hidup, mobiliti rakyat dan aktiviti ekonomi dua wilayah itu.

Cuma, perundingan tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk menangguhkan keseluruhan reformasi subsidi.

Yang lebih munasabah ialah tempoh peralihan yang jelas, rayuan yang mudah, kaunter fizikal yang mencukupi, bantuan dokumentasi, dan pengecualian penguatkuasaan secara bersasar kepada mereka yang benar-benar sedang menyelesaikan proses pemilikan atau permohonan.

BUDI Diesel hanya akan diterima jika rakyat melihat dua perkara.

Pertama, kerajaan tegas menutup ketirisan.

Kedua, kerajaan adil membantu pengguna sebenar.

Itulah keseimbangan yang perlu dibawa.

BUDI Diesel bukan sepatutnya menjadi beban baharu kepada Sabah dan Sarawak. Ia sepatutnya menjadi peluang membetulkan sistem lama, sambil memastikan mereka yang benar-benar bergantung kepada diesel tidak tercicir.

Penulis ialah pembaca FMT.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen crypto.news@mexc.com ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.