Folarin Balogun sepatutnya digantung satu perlawanan selepas dilayangkan kad merah pada perlawanan Pusingan 32 AS menentang Bosnia dan Herzegovina Rabu lalu.Folarin Balogun sepatutnya digantung satu perlawanan selepas dilayangkan kad merah pada perlawanan Pusingan 32 AS menentang Bosnia dan Herzegovina Rabu lalu.

Fifa batal penggantungan pemain Piala Dunia AS selepas campur tangan Trump

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
Presiden AS Donald Trump menghubungi Presiden Fifa Gianni Infantino tile pic 6726Presiden AS Donald Trump menghubungi Presiden Fifa Gianni Infantino beberapa jam selepas aksi AS menentang Bosnia dan Herzegovina Rabu lalu dan meminta menyemak semula penggantungan Folarin Balogun.

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilaporkan campur tangan bagi membantu pemain bola sepak negara itu, Folarin Balogun beraksi menentang Belgium dalam perlawanan Piala Dunia Fifa pada Isnin, lapor Xinhua.

Balogun dilayangkan kad merah pada perlawanan Pusingan 32 AS menentang Bosnia dan Herzegovina pada Rabu kerana memijak kaki kanan Tarik Muharemovic, tindakan yang mengakibatkan penggantungan automatik selama satu perlawanan.

Trump menghubungi Presiden Fifa, Gianni Infantino, beberapa jam selepas perlawanan itu dan meminta menyemak semula penggantungan Balogun, lapor The New York Times yang memetik kenyataan empat individu mengetahui perbualan berkenaan.

Fifa dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan Balogun boleh beraksi dalam perlawanan Pusingan 16 Piala Dunia Fifa 2026 bagi pasukan tuan rumah bersama itu menentang Belgium di Stadium Seattle.

Menurut peruntukan Artikel 27 Kod Tatatertib Fifa (FDC), pelaksanaan penggantungan automatik perlawanan terhadap Balogun ditangguhkan bagi tempoh percubaan selama setahun.

Artikel 27 FDC membenarkan badan kehakiman Fifa menangguhkan pelaksanaan tindakan tatatertib, sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya.

“Terima kasih kepada Fifa kerana melakukan perkara betul dan membetulkan ketidakadilan yang nyata!” tulis Trump di platform media sosial, Truth Social.

Keputusan membatalkan penggantungan itu sangat luar biasa dan kali pertama sejak 1962, apabila Fifa membenarkan seorang pemain beraksi dalam perlawanan, walaupun dia sepatutnya digantung selepas dibuang padang dalam saingan Piala Dunia, menurut laporan The New York Times.

시장 기회
OFFICIAL TRUMP 로고
OFFICIAL TRUMP 가격(TRUMP)
$1.667
$1.667$1.667
-1.70%
USD
OFFICIAL TRUMP (TRUMP) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs