Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno berkata beliau akan melakukan 'keberanian politik' untuk meneruskan perjuangan.Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno berkata beliau akan melakukan 'keberanian politik' untuk meneruskan perjuangan.

Puad nak umum perkara penting pada hari penamaan calon PRN Johor

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Mohd Puad ZarkashiPuad Zarkashi berkata beliau akan membuat pengumuman penting itu kerana risau dengan perkembangan terkini Umno Johor.

PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi berkata beliau akan membuat satu pengumuman penting pada hari penamaan calon PRN Johor 27 Jun ini selepas risau dengan perkembangan terkini Umno Johor.

Puad berkata beliau akan melakukan ‘keberanian politik’ untuk meneruskan perjuangan.

Katanya, beliau merasakan ada yang tidak kena dengan Umno Johor selepas melihat senarai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding dalam pilihan raya itu.

BN dijadualkan mengumumkan senarai calon yang akan bertanding dalam PRN Johor hari ini.

“Justeru saya akan membuat pengumuman penting pada 27 Jun ini. Perkembangan terkini Umno Johor merisaukan.

“Saya tidak akan menoleh belakang walaupun saya hanya insan kerdil,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Puad berkata beliau pada 17 Jun lalu sudah mengumumkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan kerusi DUN Rengit yang disandangnya kerana faktor usia.

“Saya menegaskan, orang muda terlatih dan berpendidikan semestinya diberi peluang. Tetapi tidak diindahkan.

“Saya melakukan ‘keberanian politik’ untuk meneruskan perjuangan,” katanya.

BN sebelum ini mengumumkan untuk bertanding di semua 56 kerusi DUN pada PRN Johor yang ditetapkan pada 11 Julai ini.

Pengerusinya Zahid Hamidi berkata BN akan terus mengekalkan konsep WALI dalam pemilihan calon, iaitu winnable (boleh menang), acceptable (diterima) dan likeable (disukai), selain menampilkan gabungan muka lama dan baharu.

Selain itu, beliau berkata BN menampilkan gabungan antara pemegang jawatan sedia ada dengan muka baharu bagi mewarnai bakat kepimpinan di Johor.

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order